BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

instrument takaful sebagai saving acc

exilehorizon

Fun Poster
Messages
130
Joined
Jan 27, 2010
Messages
130
Reaction score
1
Points
15
Salam, memandangkan seksyen ini adalah untuk tujuan ilmiah dan berkongsi saya ingin berkongsi
Bagaimana kita boleh menjadikan takaful sebagai instrument simpanan pelaburan yang dijamin akan mencapai objektif simpanan kita.

Kenapa takaful? Kenapa? (Sila baca sampai habis jika ingin mengetahui cara untuk memanipulasikan dan memanfaatkan produk takaful)

Saya nak kongsi teknik memanipulasikan takaful ni xnak ke?
Ok back to basic bila dengar takaful semua orang akan allergic ,phobia, trauma lenih2 lagi masyarakat MELAYU kita ni (Tah2 dah ade orang yang bace thread ni nak skip jek haha ).

sebab tu lah ramai orang melayu ni bila dia menninggal anak bini makin susah makin dhaif, tapi bila kita cerita pasal benda ni mereka semua melenting.!! Ok back to story kenapa simpan di takaful

Ramai orang tau dan pernah didekati ejen takaful yang kebiasaannya menceritakan musibah, mati, sakit , kemalangan , dan sebagainya.. tapi itulah kenyataan risiko ketika menyimpan.

ok.. ramai yang akan kata “ simpan takaful rugi, cas tinggi, aku pernah simpan sebulan RM200 nak keluarkan pada tahun ke-5 tinggal sikit dalam RM 8000 jek patut kana de RM12,00 lebih.. Ahh!! Takaful tipu orang ni!!.. (pengalaman)

(tapi dia x sedar yang pampasan dia ade dekat RM80,000 kalau jadik apa2)


Ada juga pengalaman saya jumpa dengan owner IKS makanan ringan MELAYU jugak.. dia dengar takaful terus melenting, marah , sebabnya dulu dia carum sebulan RM500 bila dia kira2 sepatutnya dah ada rm30,00 tapi dia nak keluarkan duit dapat rRM13,000. Dia pernah jatuh excident dapat claim RM100 jek. Dia punya marah sampai dia cakap kat ejen dia tu, “kalau seratus ni aku buat belanje kawan2 je la, xpayah la.. ko amik jelah RM100 ni, ko makan la RM 100 ni, aku x hadap pon duit seratus ni kat tabung haji aku dah ade RM300,000 xpayah la cerita2 takaful ke insuran ke dengan aku.

(Dulu dia pernah hilang almost RM100,000 dalam takaful dan insurans.)


Ok ni penjelasan :

sebenarnya besign pelan adalah bergantung kepada kejujuran ejen serta ke-effectif-an pelan dan juga keperluan pemegang polisi

Dalam takaful ni ada pelbagai rider contohnya

Rider Wajib: Rider Sum Covered

Rider Pilihan
1)Rider sakit kritikal
2)rider Kemalangan
3)rider hospital benefit
4)rider saving/saver

ok penjelasan untuk kes owner iks tadi

Caruman bulanan RM500. dulu ejen dia letak semua caruman dalam rider wajib dan rider sakit dan kemalangan.

mostly pengendali takaful ada yuran wakalah dan kebanyakan nya adalan 60% pada tahun pertama dan akan berkurangan untuk tahun seterusnya dan 0% yuran pada tahun ke-7

simple calculation.

rm 500 sebulan

ok accumulated casnya adalah seperti di bawah

tahun-1 = rm 2047 tahun9 = rm26,134
tahun-2 = rm 4870 tahun7 = rm33,763
tahun-3 = rm 9161
tahun 4 = rm 13,739
tahun-5 - rm 19,582

sikit kan ok jap g aku sambung berak jap
 
lama nya berak TT ni

hadoi....

ilmu ni... ilmu
 
ok sambungan untuk pengetahuan umum . ade rider yang kita boleh guna untuk pastikan simpanan kita terjamin. ok kepada bakal pelanggan ini peluang baik untuk anda.

antara rider yang boleh guna adalah rider sakit dan riser waiver dua ni dah cukup. kepada ejen2 pula kalau lepasni nak jual polisi sebagai instrument simpanan kenelah tabah menghadapi komisyen yang agak kecik LOL

katakanlah . caruman RM500 sebulan. kita letakkan untuk rider sum covered hanya untuk basic sahaja. ok lets say

RM50 untuk rider sum covered dan juga dua lagi rider sakit dan waiver untuk sakit dan juga waiver untuk saver.. so kepada bakal pelanggan pilihlah pengendali takaful ang ada rider rider tersebut.


baki rm450 sebulan kita masukkan dalam rider saving.

so katakanlah hasilnya adalah sebegini.

1)rider sum covered akan dapat basic lets say RM33,000
2)rider sakit kritikal akan dapat basic cover lebih kurang RM10,000

ni yang penting

1)rider waiver of contribution on sakit kritikal
2)rider on waiver of saver/saving on sakit kritikal.

so maknanya... jika sekarang kome sume simpan dengan cara macamni.. lest say tetiba sakit kritikal datang (stage 3 la) so tugasan untuk simpanan/caruman tu sume akan diambil alih oleh pengendali takaful.. sampai bile? sampai umur korang 80 tahun atau sampai term yang ditetapkan...

paham x? kire kalau korang dapat sakit kritikal.. otomatik korang dapat duit free sampai la umur korang 80 atau term 20 tahun.

ni ilustrasinye

tahun1= rm 5,549 kiraan ni based on 8% keuntungan setahun..
tahun2= rm 11,257
tahun3= rm,18,029 (katelah tahun ke-3 kene sakit kritikal
tahun4= rm 24,961 stage-3 so pengendali akan tolong simpankan
tahun5= rm 32,447 untuk korang sampai la objektif korang
tahun6= rm 40,500 tercapai.)
tahun7= rm 49,062

ok kalau simpan sendirik berape dapat?
500x12=6000x 7 = 42000.
(kalau sakit keluar x duit ni?, so terpakse keluarkan betol x? so objektif simpanan tercapai x?... tak tercapai kan?)

so kaedah simpan yang macammana yang korang nak lagi? haha

tapi untuk ejen2 semua.. komisyen korang akan dikira dari 25% daro RM 50 tadi + 2.7% dari RM450 tadi sebulan..
 
Client biasa akan melenting bila agent tak cerita perkara sebenarnya yang insurance atau takaful ni, focusnya lebih kepada protection dan bukan simpanan. Kecuali ada plan2 yang ada offer "saver" atau layman term nya, rider simpanan. Di mana charges utk simpanan tersebut hanya 5 % sahaja, sama macam kita melabur kat Unit Trust.

Tapi, kebanyakkan agent, gunakan term "simpanan" nie, sebab nak tarik pelanggan sign up. Then, ia akan jadi masalah bila client anggap simpanan sama macam simpan dalam bank, or ASB, simpan RM 1 dapat RM 1 + return. Sedangkan tang charges protection tak de citer. Tu yang bila cukup masa nak keluarkan duit, duit tinggal sikit, melenting la jawapnya.
 
Kita boleh pilih ker berapa nak ratio utk rider saver.. Bukan sume tue telah ditetapkan... Hmmm, tapi prrbincangan ni mmg menarik..
 
Kita boleh pilih ker berapa nak ratio utk rider saver.. Bukan sume tue telah ditetapkan... Hmmm, tapi prrbincangan ni mmg menarik..

untuk rider saver kita boleh pilih. bergantung kepada pengendali takaful dan mostly minimum contribution untuk rider saver ialah 600 per year which is RM50 per month... maks.. setinggi langit.

kepada ejen2 kalau nak jual perlindungan kene cakap betul2 sebab ia effect pada semua pengendali takaful

macam kes owner iks tu tadi.. saya sempat berbual dengan dia haha sebelum saya berbual dengan dia dia pernah halau ejen2 takaful dari kilang dia
 
Back
Top
Log in Register