BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

InstaFX Perak - Insta Learning Systems Sdn Bhd

Motivasi Trader Bahagian 1:

Artikel ini mungkin pernah anda baca di blog-blog atau website-website lain.

Artikel asal ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris oleh seorang trader berjaya yg pernah mengalami kegagalan di peringkat awal trading.

Ia telah diterjemahkannya ke Bahasa Malaysia bagi memudahkan pemahaman dgn mengolahnya dgn pengalaman sendiri yang juga pernah mengalami situasi yg sama diawal pembabitan dlm forex trading dahulu.

Mudah-mudahan artikel ini berguna sebagai renungan untuk kita semua bagi memuhasabahkan diri dlm proses mendapatkan strategi terbaik dalam bertrading.

Tahap 1 ( Unconscious Incompetence ):
Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat.
Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.

Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari.
Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan pertolongan indicator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan.
Anda menjadi bongkak kerana merasakan telah berjaya menjinakkan pasaran. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda.
Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK selama-lamanya. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??.

Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading kerana telah pernah berjaya membuat profit sebelum ini, walaupun semua fakta berkata sebaliknya.
(Persoalannya: Apakah minggu ini profit?, atau Bulan2 yg lepas profit?, ataupun Sepanjang Tahun ini konsisten profit? ).

Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai strategi yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.

90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila, dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk.

Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan terus mengambil wang dari rakan-rakan mereka dengan menabur pelbagai janji-janji (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka krn telah mempunyai teknik yg berkuasa utk menjana pulangan yg lumayan. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri.

Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu seminggu hingga sebulan.

90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.

-bersambung-
 
Terimakasih .. ilmu berguna ni :)paid
 
-sambungan-

Motivasi Trader Bahagian 2:

Tahap 2 ( Conscious Incompetence )
Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat berfikir secara bernas.

Di tahap ini anda akan mencari ‘Holy Grail’ ( sistem yang sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100% , sistem yang tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.

Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan Moving Everage, Fibonnacci lines,Elliot Waves Counting, Camarilla Pivot, DeMark, Fractal, MACD, RSI, DMI, ADX, Bollinger Bands, Stochastic dan ratusan indicator/meter/EA/robot yang lain yg ada temui.

Anda tahu bahawa pasaran forex terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1 indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut. Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda telah melakukan yang terbaik.

Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin mengetahui bagaimana trader lain membuat keuntungan walahal anda tidak.. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu - anda rasa anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan tapi tetap gagal.

Anda akan jadi seperti seorang remaja yg ghairah - trader yang lebih berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik - anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam kebijaksanaan anda - overload information). Kini anda akan mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan sebagainya - serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat pembelajaran forex yg mengatakan diri mereka jaguh dlm bidang forex yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan.

Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari tanpa pun perlu mengkaji begitu banyak sistem dan anda pula terus kerugian.
Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir sekitar 3 bulan.
Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.

-bersambung-
 
-sambungan-

Motivasi Trader Bahagian 3:

Tahap 3 ( The EUREKA Moment )
Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang baik.
Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.

Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade anda serta bimbingan seseorang(mentor) berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli.
Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading.

Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.

Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.

Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/mentor atau teman yg berpengalaman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu. Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru/mentor yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau.

Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan pasaran.
Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.

-bersambung-
 
Bagaimana untuk berhubung dengan Insta Learning System (Perak):

Kami boleh di hubungi di alamat berikut:

Insta Learning System Sdn Bhd
E-1-6, Greentown Square
Jalan Dato Seri Ahmad Said
30450, Ipoh

No telifon pejabat: 05-2410453

Skype: ifx.hairul_ipoh
lutfi.ifx_ipoh
suhir.ifx_ipoh

YM: [email protected]
[email protected]
[email protected]
 
Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15246
USD / JPY
160.305
GBP / USD
1.33430
USD / CHF
0.79622
USD / CAD
1.39335
EUR / JPY
184.744
AUD / USD
0.70520
Back
Top
Log in Register