Motivasi Trader Bahagian 1:
Artikel ini mungkin pernah anda baca di blog-blog atau website-website lain.
Artikel asal ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris oleh seorang trader berjaya yg pernah mengalami kegagalan di peringkat awal trading.
Ia telah diterjemahkannya ke Bahasa Malaysia bagi memudahkan pemahaman dgn mengolahnya dgn pengalaman sendiri yang juga pernah mengalami situasi yg sama diawal pembabitan dlm forex trading dahulu.
Mudah-mudahan artikel ini berguna sebagai renungan untuk kita semua bagi memuhasabahkan diri dlm proses mendapatkan strategi terbaik dalam bertrading.
Tahap 1 ( Unconscious Incompetence ):
Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat.
Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari.
Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan pertolongan indicator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan.
Anda menjadi bongkak kerana merasakan telah berjaya menjinakkan pasaran. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda.
Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor TUAH/LUCK selama-lamanya. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??.
Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading kerana telah pernah berjaya membuat profit sebelum ini, walaupun semua fakta berkata sebaliknya.
(Persoalannya: Apakah minggu ini profit?, atau Bulan2 yg lepas profit?, ataupun Sepanjang Tahun ini konsisten profit? ).
Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai strategi yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK, adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.
90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila, dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk.
Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan terus mengambil wang dari rakan-rakan mereka dengan menabur pelbagai janji-janji (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka krn telah mempunyai teknik yg berkuasa utk menjana pulangan yg lumayan. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri.
Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu seminggu hingga sebulan.
90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.
-bersambung-