BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

InstaForex supporters

Status
Not open for further replies.
Jgn panas2 sangat tuan hamba, nanti lemang leh hangit...:D

Apapun, ini penjelasan pihak InstaForex di sini

Dear Clients! At the given moment the main web-site instaforex.com is on maintenance. Our specialists cooperate with the support service of the provider in order to find the quickest way of eliminating consequences of the hackers’ attack. The last hackers’ attack, which took place last week, drove not only to servers break down but also to serious problems of USA provider Superb Company. Our technical department jointly with the Superb specialists collect information about the organizers of the attack for competent body in Russia and USA.

We suppose that the organizers of the attack are located in Russia, North-West region. We hope that all organizers of the attack will be punished according to the norms of international and Russian legislation. Such actions of our business rivals including their black publications on this and other forums at the beginning of this month can not escape our attention and we will do everything for them to get the strictest punishment.

ini masalah website.. yang kitorang angin ni.. masalah trading server.
aku check trading server dan web server, masing2 tak sama location dan provider.
 
Kepada sesiapa yg ada prospek nak buka akaun baru cepat2 daftar sekarang. Kalu mereka tidur cepat2 kejutkan.

Web insta aku tgk dah ok (sehingga bila tak pasti).

ps: Ujian aku buat melalui siggy/signature dan web enjoypips dot com
 
Kepada sesiapa yg ada prospek nak buka akaun baru cepat2 daftar sekarang. Kalu mereka tidur cepat2 kejutkan.

Web insta aku tgk dah ok (sehingga bila tak pasti).

ps: Ujian aku buat melalui siggy/signature dan web enjoypips dot com

aku check takleh pun?
 
ini masalah website.. yang kitorang angin ni.. masalah trading server.
aku check trading server dan web server, masing2 tak sama location dan provider.

angin sepoi2 bahasa adalah sangat bagus untuk menenangkan minda... <:-P :D
 
aku check takleh pun?

Aduh dah tak boleh semula.
Semlm pun mcm ni, kebetulan aku semak dpt juga seorg prospek aku daftar.

Nampaknya sejak dua menjak ni aku selalu kena test sebab rasa rugi pulak banyak/ramai rakan nak register.

Kita cuba lagi.
 
angin sepoi2 bahasa adalah sangat bagus untuk menenangkan minda... <:-P :D

sepoi2 bahasa? :eek:
sakit jiwa oo trading putus2....
nasib baik takde loss apa2
 
aku setuju ngan ko....tp semua senyap je....kita dah mcm tak ada pembelaan je....di anak tirikan....

Kenapa rasa dianaktirikan...????


Apa kata...semua org termasuk supporter, Ib dan trader semua pergi report menggunakan Yahoo messenger kepada ifx.clients atau ifx.partners so mungkin dapat jawapan...kami pon bertanya juga dengan mereka memlaui medium spt YM dan email....so apa lagi yang mampu kami lakukan

Aku sekarang mengharapkan semua org kalau nak berpuas hati apa kata sila adu kepada insta direct... dan INSTA akan nampak ramai la yang bermasalah..dan ini akan mempercepatkan lagi proses pemulihan server mereka...Supporter dan IB pon sama..kami juga hanya berhubung dgn YM dan email....so sama2 la kita

Mmg susah nak puaskan hati semua org..tapi ini lah kenyataan...kami pon hanya tunggu jawapan dari INSTA...tiada apa yang boleh kami lakukan..JIKA SERVER DEPAN MATA atau kami ada full ACCESSS...dah lama kami anak emaskan semua trraders !

harap maklum

 
Last edited:
nyesal tak buy gold...pi buy gj je :)) :)) :D apepun rezeki..Alhamdulilah

dari minggu sudah orang suruh BUY! BUY! tuan Nasir tak mau dengarrrrr.... :eek:
 
Sambil tunggu web insta pulih dan menunggu kut² ada toing² aku letak jelah sedikit info pasal:

Distributed Denial of Service (DDOS)


Serangan DDoS bukanlah akibat dari virus tetapi ia merupakan satu cara bagi “Hackers” untuk mengelak atau menghalang pengguna yang sah dari mengakses ke computer. DDoS selalunya menyerang dengan menggunakan alatan iaitu dengan menghantar paket yang diminta dengan banyak kepada sasaran seperti Pelayan (kebiasaanya Web, FTP atau Pelayan Mail), yang pada kebiasaannya menyebabkan “Flooded” kepada sumber pelayan dengan satu tujuan iaitu membuat sistem tidak dapat digunakan. Sebarang sistem yang disambungkan dengan Internet dan dilengkapi dengan perkhidmatan rangkaian TCP adalah sasaran utama.

Sebagai contoh, seorang “Hackers” yang mencipta program yang membuat panggilan ke satu kedai menjual makanan segera. Apabila kedai makanan segera itu menjawab panggilan telefon tersebut, panggilan yang dihasilkan adalah panggilan palsu semata-mata. Jika panggilan itu dibuat berkali-kali ia akan menyebabkan panggilan dari pelanggan yang sebenar terhalang oleh kerana talian yang terlalu sibuk. Dan inilah yang dinamakan “Perkhidmatan yang Ditolak” iaitu analogi kepada serangan DoS.

Kebanyakan alatan serangan DoS berupaya untuk melakukan serangan DoS. Sebagai contoh, bayangkan bagaimana “Hacker” secara berahsia menanam program tersebut kedalam kesemua komputer yang berada di Internet. Ini berupaya menghasilkan satu kesan yang amat besar kerana ada kemungkinan lebih banyak lagi komputer ditanam program tersebut memanggil ke kedai makanan segera tersebut. Ia menjadi semakin sukar untuk dikesan dimana letaknya lokasi si “Hacker” tersebut kerana program tersebut tidak dijalankan dari komputer si “Hacker” tersebut. Si ”Hacker” hanya mengawal program yang ditanam terhadap komputer tersebut. Dan ini pula dinamakan sebagai analogi kepada serangan “Distributed DoS”.

Contoh alatan Dos adalah seperti TFN, TFN2K dan Trinoo yang dikategorikan sebagai alatan untuk serangan “Distributed DoS”. Alatan ini boleh ditanam pada jumlah sistem komputer yang banyak dan boleh dikawal secara berpusat oleh “Hacker” untuk membuat serangan terhadap komputer tertentu. Alatan untuk kawalan berpusat ini kenali sebagai “Zombie Agents” atau “Drones”.

Cara bagaimanakah atau apakah sumber yang menyebabkan “flodded” ini adalah berbeza dari satu serangan DoS terhadap satu serangan Dos yang lain. Contohnya “Smurf Dos Attack” yang menggunakan ICMP (Internet Control Message Protocol) yang palsu untuk mengulang-ngulang sesuatu pesanan. Yang lain terdapat juga seperti keluarga TFN (Tribe Flood Network) yang menggunakan cara “SYN Flooding” yang berupaya menghasilkan sambungan separuh terbuka (Half-open connections).

Bagaimana serangan DDoS berfungsi

Pada sambungan yang biasa, pengguna hanya perlu menghantar pesanan kepada pelayan untuk mendapatkan pengesahan. Setelah disahkan, pelayan akan menghantar pengesahan kepada pengguna semula. Setelah itu barulah pengguna diberi laluan ke pelayan.

Tetapi bagi serangan DoS, penyerang akan menghantar beberapa pesanan pengesahan kepada pelayan dengan alasan untuk memenuhi ruang pelayan tersebut. Kesemua pesanan akan mempunyai alamat yang palsu apabila cuba dikembalikan, jadi pelayan akan cuba mencari pengguna-pengguna ini terlebih dahulu apabila ia cuba mengembalikan pengesahan pesanan tadi. Seterusnya pelayan akan berhenti seketika sehingga memakan masa beberapa minit sebelum menutup sambungan tersebut. Setelah selesai menutup sambungan tersebut, penyerang akan menghantar lagi beberapa pesanan palsu sekali lagi dan proses akan bermula sekali lagi. Sekaligus akan mengikat perkhidmatan tersebut tanpa putus-putus.

Bagaimana mengawal serangan DDoS

Adalah sukar untuk mengesan jejak dari mana punca paket tersebut semasa serangan tersebut, terutama sekali DDoS. Dan tidak mustahil untuk kita mengelak kesemua serangan DoS, tetapi terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh Pentadbir pelayan bagi mengurangkan kesan serangan tersebut. Sebagai contohnya dengan menidakkan tindakbalas ICMP dari melindungi serangan terutamanya jenis “Smurf” atau meletakan router dalam keadaan “filtering” dan memastikan IP yang masuk dari luar mempunyai IP luaran untuk mengelakan dari serangan berjenis TFN.
 
Status
Not open for further replies.

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12406
USD / JPY
158.097
GBP / USD
1.31941
USD / CHF
0.83113
USD / CAD
1.42201
EUR / JPY
177.711
AUD / USD
0.69294
Back
Top
Log in Register