soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Hafiz Ithnin
[email protected]
PENANGAN drama bersiri atau filem Korea tidak dinafikan memberi kesan kepada peminat hiburan di negara ini dan terdapat pelbagai budaya mula menjadi ikutan.
Bagi pereka fesyen muda ini, trend itu sememangnya begitu dekat dengan dirinya yang juga salah seorang peminat dunia drama Korea.
Sehinggakan dia memperkenalkan koleksi kapsul yang mempunyai kaitan dengan drama bersiri, Rookie Historian Goo Hae -Ryung yang menonjolkan watak utama seorang wanita yang lemah lembut tetapi penuh ketabahan, Goo Hae -Ryung
Bagi Nur Amalina Mohd Zaki, tidak menjadi sesuatu yang canggung dalam mengangkat budaya luar di dalam koleksi kapsulnya itu kerana ia menunjukkan bahawa karya fesyen mampu dipengaruhi dunia hiburan antarabangsa.
Jelasnya, dalam penghasilan karya fesyen, setiap pereka perlu mempunyai identiti tersendiri dan sesuatu yang dekat secara peribadi sememangnya mampu mendatangkan ilham dalam penghasilan rekaan.
"Namun, dalam berkarya saya tidak meletakkan perkara itu hanya kepada diri sendiri tetapi turut meninjau pengaruhnya dalam masyarakat.