BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inspira or city i-vtec?

KERETA BARU DI HARI LEBARAN


  • Total voters
    0
Ada pakai City 2009,kira dah dekat 2 tahun dah.

Lepas tu keluar Inspira, rasa menyesal tak beli Inspira, sebab lagi besar,C segment, City baru B segment,enjin besar, ada ISOFIX untuk pasang child seat kat belakang.

Lepas tu Honda keluar Insight, rasa macam minat Insight pula.

Pernah bawa Jazz model sebelumni(model lama), memang beza dengan City baru dari segi enjin.
B
Jazz lama jimat dalam bandar,kalau atas hiway kurang jimat.Pada aku bukan sebab Vtec buka ke tutup, tapi sebab gear CVT.

City ni pakai gear auto biasa, jadi atas hiway jimat,tapi dalam bandar kurang jimat, banding Jazz dulu. Tapi City ni kira masih jimat banding kereta lain.

Kalau dulu,City/Jazz lebih sesuai kepada pemanduan dalam bandar,sekarang ni ada lebih kepada hiway sikit,mungkin 30 hiway,70 city driving.
Masih lagi city car pada aku.Nama pun City kan?Hahaha.

Tapi kalau nak lebih city car lagi, Insight la.
Cuma aku tak pasti boleh offset ke jimat minyak dengan harga bateri bila rosak.
Tapi untuk jalan jauh, kereta Hybrid memang tak jimat.Kecuali la bawa kurang 70kmh, kena hon denga lori ganggu lalu lintas.

Inspira pada aku,nampak lebih selamat, lebih besar,lebih sesuai untuk keluarga.
Cuma bila pakai gear CVT ni au kurang suka sikit bila nak bawa laju,teringat pengalaman dengan Jaz dulu.
Tapi aku naik Lancer dan Odyssey (JDM yang CVT)rasa ok je.
Proton ada tambah radiator untuk sejukkan CVT pada Inspira (Ni masalah pada Lancer),jadi aku harap masalah CVT ni tak berlaku la, atau berkurangan.

Tapi aku tak pernah bawa dan pakai lagi Inspira, jadi tak boleh komen lebih.

Tapi kalau aku,biar la orang kata apa pasal Proton,walaupun aku tak suka sangat Proton (kesian je),kalau aku boleh beli kereta yang harga dulu RM120k,dengan harga RM90k,memang aku sambar.

Masalah,mana mana kereta pun ada.
Gearbox City pun ada hari bunyi pelik,tapi tak selalu dan kritikal.
External door handle pintu pernah sangkut,siap SC Honda kata tu perkara biasa, dan kata buka pintu kena betul.Jangan sentap door handle, tarik sambil tolak guna ibu jari pada part yang fix pada pintu.Wah, tak baca pula dalam manual ada cara khusus pakai door handle.

Kalau nak bawa laju straight line, City ni kurang sikit sebab top speed limited kepada 185kmh je (based on GPS la)padahal macam boleh pergi lagi.

Kelajuan paling laju bila kira keselesaan dan penggunaan minyak berpatutan adalah 130-140kmh,pada aku.

Jazz lama aku letak 110-120kmh je.

Dan aku test Jazz baru, aku rasa tahap keselesaan lagi lebih, lebih mantap, sedikit lebih senyap banding City baru.

(memang banyak baca pasal wartawan auto Malaysia komen kereta Honda yang pasang kat Melaka ada masalah sedikit dari segi bunyi yang masuk ke dalam kereta (interior NVH),lebih dari biasa,lebih dari kereta saingan dalam kategori yang sama.

Tapi kalau main selekoh, memang best.
Kalau Karak,aku berani main dengan Camry 2.0l.



Radio pun best,tak la best melampau, tapi above average standard fit radio la untuk kereta Jepun.
(Tapi ni tengah berkenan radio/ICE dalam Myvi baru yang top spec,siap ada GPS dan touch screen)

Aku sokong bro statement ni.sbb aku pun pakai jazz ni jg:)cgrock
 
city i-vtec aku tak tau fc nyer mcm mn, tap kalau kalau city vtec year 2007 minyak mmg save, isi rm50 ron 95, leh pegi sampai 350km(max)...ok laa kan...setakat ni aku pakai tak de masalah lagi, ikutkan hati mmg aku berkenan dgn city ivtec ni tapi nak upgrade mcm rugi pasal br 4 thn keter aku ni...

yang baru ni ok.. isi rm60 balik kedah, ngam2 400 km ..
 
Jangan salah sangka pulak ye.

Sebenarnya,untuk kegunaan biasa, kalau tak bawa laju dan nak kereta yang jadi main family car, kira 1st car, aku cadangkan Inspira.
Lagi besar, luas.
Tapi pengalaman aku tak ada.

Cuma aku cerita pengalaman aku dengan City je.
 
emm.TT,.bg aku..le dua2 ada klebihan dan kekuranagn masing2..huhuhu..
hanya org sale honda n proton je leh kasi komen membina..

kalau family..amik inspira le..besor..luas skit..( cukup duit trade in le beli cmry or accord..hehehe..gurau je)..sbb pakai kete skang dh jadi trend..paling lama 5 tahun.je pakai.pastu tukar.coz banyak sgt model baru akan kuar.lain le beli tanah/rumah bleh buat untung..

tp kalu bujang or ulang alik dekat2 amik le city..( p/s:- nk jimat n senang parking & cilok duk bandar besor mcm KL,baik pakai viva..hege x membeban kan..dlm masa sama bleh save loan..utk beli 2nd home,,kalau le umah pertama dh ada...)..


p/s:- teringat sorang kwn ni..pakai proton perdana ,,je tapi umah ada 3 biji hasil titik peluh dia keje kt offshre..pandai2 le menilai bro..TT
 
pendapat aku le, kita kalau pakai kereta apa pun, kalau tak jaga memang
tak tahan lama. katakanlah pakai honda city, nak servis pun kekadang duit
short - tangguhkan servis bulan seterusnya sedangkan mileage semakin hari
semakin naik.

pakai Inspira pun sama jugak, kalau tak jaga kondisi kereta pun macam² boleh
rosak. Kalau rosak kecik² tu cepat² le repair. Kalau pusat servis kata tukar,
tukar je le; sebab diorang ada senarai barang yg perlu ditukar bila tiba
masanya.

Yang pentingnya - duit sentiasa kena ada untuk keperluan kereta.

Apa yg aku nak sampaikan, apa jenis kereta pun kalau tak jaga memang tak
akan tahan lama. Yang pentingnya, kita pakai kereta dalam kemampuan agar
bila tiba masa untuk selenggara kereta tepat pada masanya.

aku masih pakai kancil lagi. Dah nak masuk 10 tahun. Sesetengah bahagian
ada jugak yang rosak. Tapi, kalau tiba masa untuk servis, aku memang akan
buat tanpa kompromi.
 
pendapat aku le, kita kalau pakai kereta apa pun, kalau tak jaga memang
tak tahan lama. katakanlah pakai honda city, nak servis pun kekadang duit
short - tangguhkan servis bulan seterusnya sedangkan mileage semakin hari
semakin naik.

pakai Inspira pun sama jugak, kalau tak jaga kondisi kereta pun macam² boleh
rosak. Kalau rosak kecik² tu cepat² le repair. Kalau pusat servis kata tukar,
tukar je le; sebab diorang ada senarai barang yg perlu ditukar bila tiba
masanya.

Yang pentingnya - duit sentiasa kena ada untuk keperluan kereta.

Apa yg aku nak sampaikan, apa jenis kereta pun kalau tak jaga memang tak
akan tahan lama. Yang pentingnya, kita pakai kereta dalam kemampuan agar
bila tiba masa untuk selenggara kereta tepat pada masanya.

aku masih pakai kancil lagi. Dah nak masuk 10 tahun. Sesetengah bahagian
ada jugak yang rosak. Tapi, kalau tiba masa untuk servis, aku memang akan
buat tanpa kompromi.

komen yang terbaik..
 
Back
Top
Log in Register