kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,719
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Gambar fail
Tahun 2025 turut dikenang dengan rentetan beberapa peristiwa tragis memilukan dan menggemparkan negara yang bukan sahaja meragut nyawa tetapi turut membuka ruang kepada penilaian aspek keselamatan, tahap kesiapsiagaan dan kesedaran awam.
Daripada kebakaran besar, kemalangan jalan raya yang meragut nyawa dan operasi menyelamat di gunung, setiap tragedi itu memberi isyarat jelas tentang garis panduan dan cabaran yang perlu ditangani untuk melindungi masyarakat.
Antara insiden paling menggemparkan ialah kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya yang meninggalkan trauma kepada penduduk di Taman Putra Harmoni, Kampung Tengah, Kampung Kenangan dan Kampung Sungai Baru apabila hari kedua perayaan Aidilfitri yang sepatutnya meriah bertukar cemas sekelip mata.
Tragedi pada 1 April menyebabkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 lagi tidak terjejas.
Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi itu menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk padam sepenuhnya.
Pada 30 Jun, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (semasa itu) mengesahkan tiada unsur khianat, sabotaj atau kecuaian yang menyebabkan kerosakan kepada paip gas sehingga boleh mencetuskan letupan tersebut.
Hanya berselang beberapa minggu, negara dikejutkan dengan kemalangan tragis meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melibatkan trak pasukan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada 13 Mei.
Insiden pada 8.50 pagi juga mencederakan sembilan lagi anggota dengan trak itu merupakan sebahagian daripada konvoi pasukan yang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tamat penugasan OPS Chariot di Teluk Intan, Perak.
Kurang sebulan kemudian, negara sekali lagi dikejutkan dengan antara kemalangan jalan raya terburuk dalam tempoh sedekad apabila 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
Insiden Putra Heights, Tragedi FRU Dan Nahas UPSI Antara Coretan Duka 2025
sorotan, 2025, jenayah, tragedi, UPSI, FRU, penda