eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SHAH ALAM 19 Mei - Pemberian insentif RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) oleh kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas, bukan idea baru sebaliknya diciplak daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, pemberian insentif tersebut di bawah kerajaan BN pernah diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta diberikan kepada semua pelajar yang lahir dan bermastautin di negeri ini tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.
Menurutnya, dulu LZS memberikan bantuan RM1,000 setahun sehingga pengajian pelajar berkenaan tamat bagi meringankan beban terutama keluarga yang mempunyai ramai anak, tidak termasuk peralatan pengajian seperti komputer.
"Hari ini sudahlah mereka (pakatan pembangkang) menciplak idea BN, malah nak dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa turut membidas Abdul Khalid sebagai angkuh kerana meminta bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya menutup mulut dan tidak mengkritik kerajaan negeri sewenang-wenangnya.
Katanya, Dr. Khir sebagai Ketua Pembangkang di Selangor berhak untuk menyuarakan pandangan dan kritikan agar kerajaan negeri melaksanakan setiap janji yang ditabur kepada rakyat seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya mereka.
KALAU PR BUAT KATA CIPLAK...YG HANGPA 'TERIMA PAKAI' IDEA PAS KASI CUTI BERSALIN 60 HARI TU APA KEJADAHNYA...