Kaunter saham Ideal Jacobs paling aktif
ijacob - high 1.05
low : 0.51, tak masuk Q...
Skag : 0.545 +101%
2011/05/19
SAHAM Ideal Jacobs (M) Corporation Bhd, iaitu pengeluar label perindustrian dan plet nama antarabangsa, mencatatkan
premium awal 78 sen atau 99 peratus dagangan sulungnya di Pasaran Ace Bursa Malaysia semalam.
Saham syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu dibuka pada RM1.05 berbanding harga rujukannya 27 sen pada pembukaan dagangan sebelum melonjak ke paras tertinggi RM1.10 sesaham sejurus selepas itu.
Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung muncul pada akhir sesi dagangan pagi dan petang menyaksikan ia ditutup pada 43 sen, naik 16 sen atau 57 peratus.
Kaunter itu menjadi kaunter paling aktif di Bursa Malaysia semalam dengan 50.4 juta saham bernilai RM28.18 juta diniagakan.
Pengerusi dan Pengasas Ideal Jacobs, Andrew Conrad Jacobs, berkata harga pembukaan itu adalah petanda positif untuk syarikat itu terus berkembang dengan lebih pesat dan dinamik.
“Sasaran kami untuk meluaskan lagi operasi perniagaan di Asia dengan mempelbagaikan produk seperti peralatan perubatan dan industri automotif, berbanding menumpukan kepada sektor teknologi komunikasi maklumat,” katanya selepas penyenaraian syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.
Sempena penyenaraiannya, syarikat itu menawarkan 30 juta saham bernilai 10 sen seunit. Daripada jumlah itu dua juta ditawarkan kepada pelabur awam, manakala baki 28 juta ditawarkan kepada pelabur terpilih.