BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Issuer Offer / Issue Price Closing Date Listing Date
UOA Development Bhd 2.90 25/05/2011 08/06/2011

Bro tanya skit. Bro punya indicator mcm mana? Apa lagi selain EPS, PE N NTA
 
Last edited:
Bro tanya skit. Bro punya indicator mcm mana? Apa lagi selain EPS, PE N NTA

Soalan: U nak wat ape ngan semuer indikator2x tu?

First, ask yourself, apa motif nak trade UOA? Short Team, long term?

Kalau hit n run, semuer tu tak penting.
 
Skang bro wat gunung plak. Apa pendapat bro nak grap ker saham nie?
beli nilai besar contohnya rm100k atau 150k...
baru nampak untung nya...
IPO mahal cam uoa RM 2.90 ni kalau beli sikit...unit dapat sikit...
margin untung pun kecil la...
tapi...rasanya senang sikit chance nak dapat.
try jer bro
 
Kaunter saham Ideal Jacobs paling aktif

ijacob - high 1.05
low : 0.51, tak masuk Q...
Skag : 0.545 +101%

2011/05/19
SAHAM Ideal Jacobs (M) Corporation Bhd, iaitu pengeluar label perindustrian dan plet nama antarabangsa, mencatatkan premium awal 78 sen atau 99 peratus dagangan sulungnya di Pasaran Ace Bursa Malaysia semalam.

Saham syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu dibuka pada RM1.05 berbanding harga rujukannya 27 sen pada pembukaan dagangan sebelum melonjak ke paras tertinggi RM1.10 sesaham sejurus selepas itu.
Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung muncul pada akhir sesi dagangan pagi dan petang menyaksikan ia ditutup pada 43 sen, naik 16 sen atau 57 peratus.
Kaunter itu menjadi kaunter paling aktif di Bursa Malaysia semalam dengan 50.4 juta saham bernilai RM28.18 juta diniagakan.

Pengerusi dan Pengasas Ideal Jacobs, Andrew Conrad Jacobs, berkata harga pembukaan itu adalah petanda positif untuk syarikat itu terus berkembang dengan lebih pesat dan dinamik.

“Sasaran kami untuk meluaskan lagi operasi perniagaan di Asia dengan mempelbagaikan produk seperti peralatan perubatan dan industri automotif, berbanding menumpukan kepada sektor teknologi komunikasi maklumat,” katanya selepas penyenaraian syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.

Sempena penyenaraiannya, syarikat itu menawarkan 30 juta saham bernilai 10 sen seunit. Daripada jumlah itu dua juta ditawarkan kepada pelabur awam, manakala baki 28 juta ditawarkan kepada pelabur terpilih.
 
IPO hit n run

Bro tanya skit. Bro punya indicator mcm mana? Apa lagi selain EPS, PE N NTA

btul cakap zaman98 tu..mcm mana punya analisis pun, dia naik..IPO ni sumer main hit n run je, inilah rezeki terpijak 2011..:)
 
Soalan: U nak wat ape ngan semuer indikator2x tu?

First, ask yourself, apa motif nak trade UOA? Short Team, long term?

Kalau hit n run, semuer tu tak penting.
setuju....betul....
kalau nak hit and run....tak yah pikir semua tu!
 
kalu buat staggered selling? jual sikit2..
pastuh kalu nak maintain sedikit let say 10000 unit for long term investment? any pencerahan otai2 senior?
 
Langkah penyenaraian utama diteruskan

2011/05/19

Kecairan pasaran tempatan mampu tarik pelabur asing

DATUK Seri Najib Razak berkata, proses penyenaraian utama yang dilakukan di Bursa Malaysia pada 2010 akan diteruskan tahun ini.
Perdana Menteri berkata, ia akan memastikan lebih banyak kecairan dalam pasaran saham tempatan untuk dilabur oleh dana asing seperti ekuiti swasta.
“Hakikatnya kita sudah memulakan regim liberalisasi (dan) sudah mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan mengurangkan pegangan mereka (dalam syarikat senaraian awam tempatan).

“Hakikat bahawa kita sudah melakukan beberapa penyenaraian utama tahun lalu, dan meneruskannya tahun ini, bermakna lebih banyak kecairan untuk pengurus dana asing,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditanya rancangan selanjutnya selepas menjayakan Invest Malaysia 2011 di Bursa Saham New York, semalam.

Antara penyenaraian utama di Bursa Malaysia ialah Petronas Chemicals Bhd dan Malaysia Marine & Heavy Engineering Bhd, syarikat pembina pelantar yang dimiliki MISC Bhd, sebuah syarikat yang dikuasai oleh PETRONAS.

Najib yang menyampaikan ucaptama pada acara dua hari yang dihadiri lebih 360 pelabur dan 10 syarikat terkemuka Malaysia, berkata, mesej kepada sektor korporat Amerika Syarikat (AS) ialah Malaysia sudah bersedia menjadi mesra perniagaan sebaik-baiknya.
“Pintu terbuka luas. Kita mempunyai agensi untuk mereka hubungi, supaya kita dapat menyegerakan keputusan agar mereka dapat melabur di Malaysia,” kata Perdana Menteri yang turut menghadiri jamuan tengah hari meja bulat bersama pemimpin industri.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pelabur AS telah dimaklumkan mengenai cara untuk berhubung dengan kerajaan Malaysia supaya cadangan mereka boleh dipertimbangkan dan disegerakan.

Perdana Menteri berkata, beberapa syarikat AS sudah menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia, termasuk sebuah yang mengharapkan projek Petronas dan sebuah lagi sedang membincangkan untuk mengeluar produk terkemuka di negara ini.

Katanya, beliau yakin selepas acara itu, profil Malaysia akan meningkat di kalangan syarikat AS untuk mengembangkan pelaburan mereka di negara ini.

Beliau berkata, mereka juga dimaklumkan mengenai transformasi yang berlaku dan mekanisme yang disediakan kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti. – BERNAMA
 
Soalan: U nak wat ape ngan semuer indikator2x tu?

First, ask yourself, apa motif nak trade UOA? Short Team, long term?

Kalau hit n run, semuer tu tak penting.

just nak analysis company performance. Risau gak bila beli kena diskaun. Sbb tengok tahun 2011 seme premium. :D. UOA rasa nak hit n run gak kot
 
Back
Top
Log in Register