sahamdunia
Legendary Member

- Messages
- 13,949
Top Poster #8
- Joined
- Nov 11, 2009
- Messages
- 13,949
- Reaction score
- 35
- Points
- 130
focus lumber apply 10k eipo xberjaya huwaaaaa
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Boiler mech kat MITI panas..member aku apply 100K dpt 40K jer...dn ada yg tk dpt lgsung...\
IPO bagus ke tak ..tk tau la....bila nk listing smua nmpak cantik la..financial pun bagus...rerajin la baca IPO....tgk risk biz dia,financial ada up ke tak....polisi dividen cmner???

KUALA LUMPUR 21 April - MClean Technologies Bhd. yang akan disenaraikan di Papan ACE Bursa Malaysia pada 10 Mei ini, menerbitkan 15.4 juta saham baharu biasa untuk dilanggani.
MClean terbabit dalam aktiviti pembersihan dan pencucian komponen pemacu cakera keras (HDD), kaset-kaset media, bahan-bahan perubatan dan juga komponen berkaitan elektronik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bert Chow berkata, kesemua saham bernilai 25 sen sesaham dan 7.7 juta waran percuma, ditetapkan jualan pada harga 52 sen sesaham.
Sebanyak 2.7 juta saham dan 1.35 juta waran percuma akan diperuntukkan kepada orang ramai, 8.6 juta saham dan 4.3 juta waran percuma diberikan kepada penempatan persendirian untuk para pelabur yang dikenal pasti manakala 4.1 juta saham dan 2.05 juta waran percuma disediakan untuk sekutu perniagaan MClean.
Beliau berkata, melalui terbitan itu pihaknya menjangka dana sebanyak RM8.008 juta dan hasil perolehannya akan digunakan untuk pengembangan perniagaan serta meningkatkan perniagaan di China.
boleh g x company ni tuan2 ade gak apply xtau la dpt ke x tunggu 28la focus lumber xberjaya apply 10k((


ada sesiapa yg boleh reply soalan ni:Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
2011/04/25
Draf prospektus IPO sudah dikemuka kepada SC, harga belum muktamad
FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd, iaitu sayap komersial Kumpulan FELDA akan menyenaraikan semua perniagaan gulanya di Bursa Malaysia, yang akan dikumpulkan di bawah sebuah syarikat pegangan pelaburan baru yang dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Holdings).
Sumber industri berkata, draf prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) MSM Holdings sempena penyenaraian itu sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk kelulusan.
Katanya, walaupun harga IPO setakat ini masih belum dimuktamadkan, tetapi berdasarkan sasaran pengumpulan modal antara RM800 juta hingga RM900 juta dan tawaran jualan sehingga 234.56 juta saham, anggaran awal harganya adalah antara RM3.50 hingga RM3.80 seunit.
“Sejajar dengan cadangan penyenaraian itu, FELDA Global menyusun semula empat aset gulanya iaitu Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP) dan Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) serta dua anak syarikatnya iaitu MSM Properties Sdn Bhd dan Astakonas Sdn Bhd, di bawah MSM Holdings. Ia dibuat bagi mewujudkan sinergi antara kumpulan MSM dan KGFP.
“IPO itu akan menawarkan jualan sehingga 234.56 juta saham biasa MSM Holdings bernilai 50 sen sesaham iaitu kira-kira 33 peratus daripada modal terbitan dan berbayar syarikat itu yang diperbesarkan iaitu 702.98 juta saham.
“Daripada jumlah itu, 206.44 juta ditawarkan kepada pelabur institusi tempatan dan asing, termasuk pelabur institusi Bumiputera sebanyak 80.84 juta atau 11.5 peratus, manakala baki 28.12 juta lagi ditawarkan untuk langganan pelabur runcit termasuk pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera masing-masing sebanyak 7.03 juta saham,” kata sumber itu kepada Berita Harian semalam.
Sumber itu berkata, FELDA Global sudah melantik CIMB Investment Bank Bhd sebagai Penasihat Prinsipal dan Pengatur Tunggal Global bagi IPO itu.
“FELDA Global sedang berunding dengan bank pelaburan untuk menentukan harga tawaran IPO yang akan dibuat menerusi binaan bida oleh pelabur institusi dan setakat ini harganya masih belum ditetapkan lagi.
“Harga muktamad hanya akan ditentukan selepas harga institusi ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.
Matlamat IPO itu adalah untuk membolehkan MSM Holdings mengembang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri gula; meningkatkan kecekapan pengurusan kos dan bersedia untuk meraih peluang perniagaan lebih besar; mewujudkan kecairan sahamnya dan memberi peluang kepada pelabur untuk menyertai industri itu yang memiliki prospek yang luas.
Sementara itu, penganalisis berkata, penyenaraian MSM Holdings itu akan meningkatkan kedudukan FELDA sebagai peneraju dalam industri gula.
"Ia akan membolehkan FELDA merealisasikan pelaburannya dan pada masa yang sama mengekalkan kawalan ke atas aset," kata Kenanga Research dalam nota penyelidikannya baru-baru ini.
MSM Holdings terbabit dalam pengeluaran, pemasaran dan penjualan gula dengan keupayaan pengeluaran 1.1 juta tan setahun. Ia melaksanakan aktivitinya menerusi dua anak syarikat iaitu MSM dan KGFP dan pada tahun lalu mengeluarkan 945,000 tan gula yang mewakili 57 peratus pengeluaran gula negara.
Secara keseluruhannya, kumpulan itu meraih pendapatan terkumpul RM2.17 bilion tahun lalu, meningkat 32.3 peratus berbanding RM1.64 bilion pada 2009.