2bz4money
Legendary Member

- Messages
- 10,615
- Joined
- Aug 24, 2006
- Messages
- 10,615
- Reaction score
- 2,069
- Points
- 191
IPO Baru & Masih Panas2..
Century Software Holdings Berhad
Tkh Buka 12-01-11
Tkh Tutup 19-01-11
Harga Tawaran RM 0.93
Tkh Senarai 31-01-11
Century Software unjur pasaran luar negara tingkat pendapatan
2011/01/13
CENTURY Software Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan rumusan perisian kewangan (FMSS) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi, mengunjurkan perniagaannya di luar negara akan menyumbang sehingga 10 peratus pendapatan kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Samsul Husin, berkata pada tahun lalu, segmen perniagaan itu menyumbang kira-kira lima peratus daripada pendapatan keseluruhannya.
Kata beliau, pihaknya kini bercadang memperluaskan pasarannya di tiga negara jiran berkenaan sebaik syarikat itu disena-raikan di Papan Utama Bursa Malaysia menjelang akhir bulan ini menerusi pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (IPO).BHOnline.
“Walaupun banyak ruang untuk berkembang dalam pasaran tempatan, kumpulan turut meninjau pasaran seberang laut yang lebih luas untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang," katanya pada taklimat media selepas pelancaran prospektus IPO di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, syarikat bercadang memasarkan rumusan FMSSnya kepada sektor awam di Brunei, Indonesia dan Kemboja dalam tempoh dua tahun.
"Kami percaya kami mempunyai kelebihan yang kukuh jika dilihat kepada kepakaran dan daya saing kos kami yang telah terbukti," kata beliau.
Beliau berkata, pelanggan kumpulan di dalam negara terdiri daripada lebih 80 syarikat dan agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.
IPO Century Software menyaksikan terbitan awam sebanyak 23 juta saham biasa baru dan tawaran jualan 10.9 juta saham vendor pada harga terbitan dan tawaran, 93 sen seunit.
Daripada terbitan awam 23 juta saham baru, 8.55 juta saham adalah untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih, 5.8 juta saham untuk pengarah, pekerja dan sekutu perniagaan yang berkelayakan dan 8.65 juta saham untuk awam menerusi undian.

Last edited: