BTC USD 84,393.2 Gold USD 4,273.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

IPO Baru & Masih Panas2..

Century Software Holdings Berhad
Tkh Buka 12-01-11
Tkh Tutup 19-01-11
Harga Tawaran RM 0.93
Tkh Senarai 31-01-11

Century Software unjur pasaran luar negara tingkat pendapatan

2011/01/13
CENTURY Software Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan rumusan perisian kewangan (FMSS) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi, mengunjurkan perniagaannya di luar negara akan menyumbang sehingga 10 peratus pendapatan kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Samsul Husin, berkata pada tahun lalu, segmen perniagaan itu menyumbang kira-kira lima peratus daripada pendapatan keseluruhannya.
Kata beliau, pihaknya kini bercadang memperluaskan pasarannya di tiga negara jiran berkenaan sebaik syarikat itu disena-raikan di Papan Utama Bursa Malaysia menjelang akhir bulan ini menerusi pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (IPO).BHOnline.
“Walaupun banyak ruang untuk berkembang dalam pasaran tempatan, kumpulan turut meninjau pasaran seberang laut yang lebih luas untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang," katanya pada taklimat media selepas pelancaran prospektus IPO di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, syarikat bercadang memasarkan rumusan FMSSnya kepada sektor awam di Brunei, Indonesia dan Kemboja dalam tempoh dua tahun.

"Kami percaya kami mempunyai kelebihan yang kukuh jika dilihat kepada kepakaran dan daya saing kos kami yang telah terbukti," kata beliau.

Beliau berkata, pelanggan kumpulan di dalam negara terdiri daripada lebih 80 syarikat dan agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.
IPO Century Software menyaksikan terbitan awam sebanyak 23 juta saham biasa baru dan tawaran jualan 10.9 juta saham vendor pada harga terbitan dan tawaran, 93 sen seunit.

Daripada terbitan awam 23 juta saham baru, 8.55 juta saham adalah untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih, 5.8 juta saham untuk pengarah, pekerja dan sekutu perniagaan yang berkelayakan dan 8.65 juta saham untuk awam menerusi undian.
 
Last edited:
Belilah IPO sblm tarikh akhir pembelian. Lebih kurang seminggu slps tkh tutup ada tarikh cabutan/balloting. Sekiranya tak berjaya, refund terus ke dalam a/k Clicks kita.

Tapi kalu berjaya, status di Clicks akan tunjuk 'succesful' dan bolehlah kita nantikan hari penyenaraian IPO tsbt di Bursa.


yang ni saya kurang paham.. kasi pencerahan sikit.. TT ni broker ke?
 
Apply IPO Cara Clicks Cimb

Resipi Main IPO Guna Cimb Clicks
Bahan2:
- No. a/k CDS
- Web Cimb Clicks

Cth guna IPO yg terbaru di pasaran ni iaitu
Century Software Holdings Berhad
Tkh Buka 12-01-11 -> Tkh mula bole apply.
Tkh Tutup 19-01-11 -> Tkh akhir utk apply sampai jam 5pm je.
Harga Tawaran RM 0.93 -> Kalu min, modal hanya RM93
Tkh Senarai 31-01-11 -> Tarikh berada pasaran Bursa, hg bole turun/naik..

Langkah2 yg diambil oleh Beginner..

1. Log in Cimb Clicks

2. Di bawah tajuk 'Manage My Wealth', klik eIPO

3. Kalu pertama kali memohon. Sila ADD no a/k CDS kat 'CDS Maintenance' dan ikut je arahan sampai selesai.

4. Nak pohon IPO, sila klik 'APPLY NOW' dan info ni akan muncul,
IPO List
Share Issue No. Share Name Issuing House Closing Date Closing Time Unit Price
508 Century Software Holdings Berhad MIH 19-Jan-2011 17:00:00 PM 0.93

..dan ikut je arahan sampai selesai.

5. Status IPO smd Berjaya atau tidak,
semak kat eIPO, klik APPLICATION STATUS..
Ini cth saya..

Status Enquiry
Issuing House Share Issue No Share Name Units Applied Amount Status Reimburse Amount Partial/Successful Amount
MIH 502 Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) XXX RMXXXX.00 Successful RM0.00 RMXXXX.00
MIH 504 Careplus Group Berhad XXXXX RMXXX.00 Not Successful RMXXX.00 RM0.00
MIH 507 Benalec Holdings Berhad XXXX RMXXXX.00 Not Successful RMXXXX.00 RM0.00
MIDF 636 Tambun Indah Land Berhad XXXX RMXXXX.00 Partial Alotted RMXXXX.00 RMXXXX.00

p/s: itulah result yg saya dpt latest Clicks :D
 
Last edited:
Keputusan Cabutan IPO Benalec & Tambun

MIH 507 Benalec Holdings Berhad XXXX RMXXXX.00 Not Successful RMXXXX.00 RM0.00
MIDF 636 Tambun Indah Land Berhad XXXX RMXXXX.00 Partial Alotted RMXXXX.00 RMXXXX.00

p/s: itulah result yg saya dpt latest Clicks :D

Nampaknya saya hanya berjaya mendapat sebahagian shj syer yg dipohon utk Tambun manakala gagal utk Benalec.

Secara rumusan, saya masuk IPO ni pada 6/1/2011 lepas dan hari ini, 12/1/2011 adalah keputusan cabutan IPO. modal ipo yg gagal telah dikembalikan secara auto terus ke a/k Clicks saya. Kini, saya menanti hari senarai Tambun pada 18/1/2011 utk mengetahui premium (untung)/diskaun(rugi) harga saham di pasaran nnti.
 
katekan through cimbclicks, kena charge 2.50 n jumlah saham kita beli contoh RM2000. jadi total akan kena RM2002.50 kan? kalau tak berjaya, jumlah yang return 2000 atau 2002.50 ye? dlm perkiraan mcm 2000 je sebab 2.50 transaction charge...

pencerahan sikit.
 
mcm mana nk beli?
then mcm mana nk jual?
mcm mana nk tau untung ke rugi?
huhu sory...coz zero info pasal IPO..
 
katekan through cimbclicks, kena charge 2.50 n jumlah saham kita beli contoh RM2000. jadi total akan kena RM2002.50 kan? kalau tak berjaya, jumlah yang return 2000 atau 2002.50 ye? dlm perkiraan mcm 2000 je sebab 2.50 transaction charge...

pencerahan sikit.

2.50 tu cost per transaction dlm Cimb Clicks dan tiada refund. in your case kalau unsuccesful, hanya dpt balik 2k.
 
yang ni saya kurang paham.. kasi pencerahan sikit.. TT ni broker ke?
sila rujuk post 33 dan saya bukanlah broker, cuma sekadar berkongsi pengalaman dalam pelaburan secara IPO ini :)

mcm mana nk beli?
then mcm mana nk jual?
mcm mana nk tau untung ke rugi?
huhu sory...coz zero info pasal IPO..

sila rujuk post 33, TQ

what exactly this thing is about??????????

Pls read 1st posting of this thread. TQ
 
Last edited:
hurmm...so bila kita dh dpt share tu..kita nk jual blk ada charge x?brapa percent plak charge jual?
 
Back
Top
Log in Register