BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Apakah yang perlu dilihat dalam prospektus IPO?

Ketika anda membaca prospektus syarikat, sila pertimbangkan yang berikut:

Tiga "Sikap"

Sikap tegas - Pastikan anda diberi prospektus sebelum melabur dan tegas meminta bantuan apabila perlu
Sikap ingin tahu - bertanya sebarang soalan mengenai IPO. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapannya, jangan melabur
Sikap pewaham - jika tuntutan atau perancangan perniagaan kelihatan sukar untuk dilaksanakan, mungkin ia memang tidak boleh dilaksanakan

Jenis syarikat dan profil risiko
Adakah syarikat dan sekuritinya menepati kehendak pelaburan anda? Sesetengah syarikat menjalankan perniagaan berisiko tinggi yang boleh menghasilkan pulangan yang tinggi. Tanya diri sendiri sama ada syarikat tersebut mampu menyediakan perlindungan sepatutnya kepada pelaburan utama anda dan memberikan pulangan yang memuaskan.

Perihal perniagaan
Anda patut melihat perihal perniagaan syarikat. Baca bagaimana syarikat itu diuruskan dan perancangan masa hadapannya bagi pertumbuhan berpotensi. Bandingkan dengan syarikat lain dalam industri yang sama.

Pengunjuran dan andaian
Ingat bahawa keputusan yang dianggarkan dan diramalkan adalah berdasarkan andaian. Tiada jaminan bahawa syarikat akan membuat keuntungan atau ia akan menjadi pelaburan yang baik kepada anda. Harga saham mungkin tidak kekal jika ramalan tidak tercapai.

Harga tawaran
Adakah saham itu ditawarkan pada harga yang munasabah? Data kewangan (sejarah dan ramalan) dan penasihat anda mungkin boleh membantu anda. Bandingkan data dengan syarikat tersenarai terkini dalam industri yang sama.

Kesimpulan
Kesimpulannya, keputusan sama ada hendak melabur atau tidak terletak pada anda. Ini mungkin keputusan yang sukar hendak dibuat, walaupun selepas membaca dengan teliti prospektus syarikat dan merujuk kepada profesional. Berhati-hati supaya tidak terikut-ikut dengan orang lain. Ingat, wang anda dalam pertaruhan.

http://min.ipnhub.com/bm/articles/investment/apakah-yang-perlu-dilihat-dalam-prospektus-ipo
 
Kalau kita (muslim) mencari makanan, kena pastikan ianya halal terlebih dahulu..:)
 
AAX tu dh confem shariah..Approved by SAC of the SC..

apepehal pun..aku masuk ipo ni..miti dh bagi..

dengar2 dari geng investor dia punya fv bleh pi 1.99..kalo betul 50sen tu...ameenn...

ada sesiapa dlm ni bleh confemkan?
 
mgkin akan skip IPO utk kali ni krna kelihatan AAX overprice
 
help: AAX miti

Salam..

aku ade mslh/persoalan sket..nak call sapa2 pun xboleh sbb dah mlm & friday lak tu.. so post sini jela hrp dpt respon..utk info & persediaan apa2 yg patut.

ACTLY, AKU BARU JE DPT EMEL DR MITI PSL AAX!
mmg terkejut betul sbb dapat offer tu!! Alhamdulillah.. Tp yg pelik dari 1st day keluar result, 11hb @ 11am aku dah call miti tanya result, x turun lg kata officer tu. call balik pkl 2pm, bagi ic cek2 nama xde dlm la cik, katanya. aku tnya, means? kira x dpt lah tu katanya balik..dgn frust terima je la..smlm call lagi skali, sbb xpuas ati tp dpt result yg sama, x berjaya katanya... benda ni mmg mengejutkan & mmg aku frust dgn miti sbb mslh salah information ni.. aku jadi kalut pulak psl x suka buat kje last2 minit cmni.. mmg berhajat nk accept offer ni TAPI...

soalan 1: surat akuterima x hntr pun lagi.. sbb baru je cek emel yg masuk lewat ptg td.. DUE TODAY! mcm mne? valid lg ker??

soalan 2: i dont hv enough cash, so i need financing..bole x aku apply 2nd financing dgn cimb skali lagi? i mean utk AAX. rasanya mcm ade officer tu dulu ckp max 2 open financing je at a time.. tp x sure.. max financing 80% kn?
note: i still hv an open share financing dgn cimb IB utk 1 kaunter (also miti share).

soalan 3: tp klu x boleh, boleh ke cari financier lain? even x listed?

buntu..! knowledge pun x byk. 2nd experience miti share ni mmg memeningkn dgn masa yg suntuk...tp syg klu lepaskan,...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register