aiman27
Active+ Member
- Messages
- 4,608
- Joined
- May 14, 2010
- Messages
- 4,608
- Reaction score
- 729
- Points
- 71
Apakah yang perlu dilihat dalam prospektus IPO?
Ketika anda membaca prospektus syarikat, sila pertimbangkan yang berikut:
Tiga "Sikap"
Sikap tegas - Pastikan anda diberi prospektus sebelum melabur dan tegas meminta bantuan apabila perlu
Sikap ingin tahu - bertanya sebarang soalan mengenai IPO. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapannya, jangan melabur
Sikap pewaham - jika tuntutan atau perancangan perniagaan kelihatan sukar untuk dilaksanakan, mungkin ia memang tidak boleh dilaksanakan
Jenis syarikat dan profil risiko
Adakah syarikat dan sekuritinya menepati kehendak pelaburan anda? Sesetengah syarikat menjalankan perniagaan berisiko tinggi yang boleh menghasilkan pulangan yang tinggi. Tanya diri sendiri sama ada syarikat tersebut mampu menyediakan perlindungan sepatutnya kepada pelaburan utama anda dan memberikan pulangan yang memuaskan.
Perihal perniagaan
Anda patut melihat perihal perniagaan syarikat. Baca bagaimana syarikat itu diuruskan dan perancangan masa hadapannya bagi pertumbuhan berpotensi. Bandingkan dengan syarikat lain dalam industri yang sama.
Pengunjuran dan andaian
Ingat bahawa keputusan yang dianggarkan dan diramalkan adalah berdasarkan andaian. Tiada jaminan bahawa syarikat akan membuat keuntungan atau ia akan menjadi pelaburan yang baik kepada anda. Harga saham mungkin tidak kekal jika ramalan tidak tercapai.
Harga tawaran
Adakah saham itu ditawarkan pada harga yang munasabah? Data kewangan (sejarah dan ramalan) dan penasihat anda mungkin boleh membantu anda. Bandingkan data dengan syarikat tersenarai terkini dalam industri yang sama.
Kesimpulan
Kesimpulannya, keputusan sama ada hendak melabur atau tidak terletak pada anda. Ini mungkin keputusan yang sukar hendak dibuat, walaupun selepas membaca dengan teliti prospektus syarikat dan merujuk kepada profesional. Berhati-hati supaya tidak terikut-ikut dengan orang lain. Ingat, wang anda dalam pertaruhan.
http://min.ipnhub.com/bm/articles/investment/apakah-yang-perlu-dilihat-dalam-prospektus-ipo