2bz4money
Legendary Member

- Messages
- 10,615
- Joined
- Aug 24, 2006
- Messages
- 10,615
- Reaction score
- 2,069
- Points
- 191
New IPO: EITA Resources Berhad
New IPO(s)
Issuer Offer / Issue Price Closing Date Listing Date
* EITA Resources Berhad 0.76 30/03/2012 09/04/2012
Buka kilang baru
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
[email protected]
PENGELUAR dan pengedar lif serta komponen elektrik dan elektronik, Eita Resources Bhd (Eita) melabur RM12.3 juta bagi membina kilang pembuatan baru di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
Pengarah Urusan Kumpulan, Fu Wing Hoong berkata, pembinaan kilang itu dijangka mengukuhkan bahagian pasaran bagi segmen sistem lif yang menyumbang 10 peratus ketika ini kepada pendapatan syarikat.
“Kilang terbaru yang dibina di tapak seluas 1.16 hektar, dijangka beroperasi penuh pada 2014. Kami percaya iklan terbaru ini dapat mengembangkan skop perkhidmatan kumpulan yang ketika ini disediakan kilang sedia ada di Subang Jaya, Selangor.
“Kami berpendapat pasaran sistem lif mempunyai potensi pertumbuhan yang luas didorong inisiatif pembangunan ekonomi kerajaan dan peningkatan kemajuan perbandaran. Ini dijangka menghasilkan lonjakan dalam pembangunan bangunan bertingkat yang membawa kepada permintaan tinggi bagi sistem lif,” katanya pada sidang media selepas melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) syarikatnya, semalam.
Fu berkata, kilang terbaru itu turut menyediakan pusat pengujian lif membolehkan Eita menjalankan pengujian dalaman dan meningkatkan keupayaan penyelidikan serta pembangunan syarikat. Mengulas mengenai IPO syarikatnya, Fu berkata, Eita akan mengumpul RM17.48 juta hasil IPO bagi kumpulan dan merancang disenaraikan di Papan Utama pada 9 April ini.
New IPO(s)
Issuer Offer / Issue Price Closing Date Listing Date
* EITA Resources Berhad 0.76 30/03/2012 09/04/2012