BTC USD 84,833.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Last Date Sentoria dan China 10 Feb 2012

Share Issue No. Share Name Closing Date Closing Time Unit Price
526 Sentoria Group Berhad 10-Feb-2012 17:00:00 PM 0.85
645 China Stationary Limited 10-Feb-2012 17:00:00 PM 0.95
 
Dear i*Trade@CIMB Customers,

On 31 January 2012, the prospectus for Sentoria Group Berhad (“Sentoria”) was launched in conjunction with its initial public offering (“IPO”) and listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad. A copy of the electronic prospectus may be obtained through e*IPO@CIMB.

In relation to this, we would like to invite you to apply for Sentoria’s IPO via e*IPO@CIMB, our online share application system. e*IPO@CIMB service is exclusive to i*Trade@CIMB clients holding a direct CDS account with CIMB Investment Bank Berhad registered under their personal name.

Please note that the prospectus is only for distribution in Malaysia and the invitation to apply for Sentoria’s IPO via e*IPO@CIMB is only for i*Trade@CIMB clients who are in Malaysia and subject to the conditions stated in the prospectus. No action has been taken to permit a public offering outside of Malaysia in connection with the IPO and hence offering in other jurisdictions may be restricted or prohibited.

The tentative closing date for this IPO is on 10 February 2012 at 5.00pm. Please refer to the prospectus issued for Sentoria’s IPO for more information.


Sentoria rancang buka taman tema kedua akhir tahun ini

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Sentoria Group Bhd. (Sentoria) membelanjakan RM48 juta bagi membangunkan taman tema kedua di pusat rekreasi Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang dinamakan sebagai Bukit Gambang Safari Park di Pahang.

Projek tersebut telah bermula Disember 2011 dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini melibatkan keluasan sebanyak 35.28 hektar.

Pengarah Urusan Bersama Sentoria, Datuk Gan Kim Leong berkata, pembukaan taman kedua itu akan menarik lebih ramai pengunjung ke BGRC yang ketika ini mempunyai Taman Air Bukit Gambang.

"Pembukaan taman tema kedua ini akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan Night Jungle dan Foreign Village. Kami menjangkakan BGRC akan beroperasi secara menyeluruh menjelang 2018," katanya selepas pelancaran prospektus Sentoria di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Bersama Sentoria, Datuk Chan Kong San, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Sentoria, Chung Wai Hoong dan Lee Chaing Huat, Pengarah Eksekutif Sentoria, Thean Yain Peng dan Ketua Korporat Kewangan AmInvestment Bank Bhd., Anuar Omar.

Sentoria merupakan pengusaha dan pengendali pusat rekreasi BGRC.

Sentoria dijangka mampu meraih dana sebanyak RM51.6 juta melalui Tawaran Awal Permulaan (IPO) yang dijadual disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 23 Februari ini.

Syarikat itu akan menerbitkan 60 juta saham baharu biasa di mana 30 juta daripadanya diperuntukan kepada orang awam Malaysia, pengarah, kakitangan dan sekutu perniagaan pada harga 85 sen sesaham, manakala 30 juta lagi diperuntukkan kepada pelabur persendirian pada harga 87 sen sesaham.

Sementara itu, 40 juta lagi saham ditawarkan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada harga 87 sen sesaham.

Sejumlah RM27.7 juta daripada dana itu akan digunakan sebagai modal kerja, RM11.2 juta bagi pembayaran pinjaman daripada bank, RM9 juta untuk pembelian hartanah dan peralatan kerja dan baki dana itu lagi bagi membiayai perbelanjaan penyenaraiannya.

Kim Leong menjelaskan, penyenaraian Sentoria penting dalam usaha menaikkan imej syarikat itu agar memberi keyakinan kepada rakan niaganya pada masa hadapan.

Syarikat itu akan menyeimbangkan nisbah aktiviti syarikat itu kepada 50 peratus dalam sektor pembangunan hartanah dan 50 peratus lagi dalam aktiviti pusat peranginan menjelang 2018.

Ketika ini, aktiviti pembangunan hartanah merupakan aktiviti utama syarikat.

2bz4money: ada terperasan sykt ni ada buat jualan unit2 kondominium utk disewakan semula kat Tesco Kajang bbrapa minggu yg lepas.

Apa pendapat bro pasal sentoria nie? Bila pi sana hujung minggu mmg slalu penuh. Dioarang ada backup dengan property n akan buka safari hujung tahun nie
 
mcm berpotensi ek.....

My remaiser ckp ok. Sentoria nie ada resort lain n perumahan yang ada 4000 bijik rumah kat situ. Cuma takut kena mcm uoa n tambun jer. Penah ke ada IPO untuk taman tema?
 
Apa pendapat bro pasal sentoria nie? Bila pi sana hujung minggu mmg slalu penuh. Dioarang ada backup dengan property n akan buka safari hujung tahun nie

x nampak apa2 usaha utk syariah counter..mcm OldTown juga..peace of mind..:)
 
IPO FGVH dijangka raih sambutan pelabur

IPO FGVH dijangka raih sambutan pelabur
Oleh Shahrizan Salian
[email protected]
2012/02/14

pix_gal0


TAWARAN awam permulaan (IPO) FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd dijadualkan pada 10 Mei ini dijangka mendapat sambutan daripada pelabur dalam dan luar negara susulan tarikh berkenaan adalah dalam fasa peningkatan pasaran.
Penganalisis berkata, meskipun keadaan pasaran semasa agak tidak menentu ekoran krisis Eropah, namun begitu ia dijangka mula mencatatkan peningkatan menjelang akhir suku kedua tahun ini selepas langkah membendung krisis di Eropah semakin jelas dan menampakkan kesan.
Ketua Urus Niaga Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata kemasukan syarikat perladangan itu ke dalam Bursa Malaysia akan menyuntik kesegaran baru kepada pasaran saham tempatan secara keseluruhannya tahun ini.

“Kami menjangkakan pasaran mengalami pantulan daripada penurunan pada separuh pertama khususnya dengan perkembangan luar seperti yang berlaku di Eropah, ia diunjurkan kembali meningkat pada separuh kedua.

“Penyertaan FGVH ke dalam pasaran saham tempatan akan menyumbang lagi kepada sentimen positif sedemikian. Pasaran mahu melihat banyak berita atau perkembangan positif daripada April hingga Jun,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

FGVH dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Mei itu juga akan menjadi IPO terbesar di Malaysia sehingga kini dalam tahun ini.
Penyenaraian syarikat itu dijangka membolehkan permodalan pasarannya mencecah RM21 bilion daripada hanya RM3 bilion sekarang.

Penyenaraian cabang komersial FELDA itu akan membentuk antara syarikat perladangan senaraian awam terbesar di Malaysia dan industri perladangan global.

Berdasarkan perangkaan semasa Bursa Malaysia, FGVH dijangka menyertai antara 15 syarikat senaraian awam terbesar dari segi permodalan pasaran yang didahului Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Sime Darby Bhd, masing-masing dengan permodalan pasaran RM64.9 bilion dan RM57.7 bilion.

Ia juga dijangka menjadi calon untuk disenaraikan sebagai komponen indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI).

Nazarry berkata, penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia akan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua peserta pasaran saham tempatan.

Secara khusus, beliau berkata kemasukan syarikat yang bersaiz besar seperti FGVH akan merangsang minat pasaran dan membuka mata pelabur asing untuk melihat pasaran tempatan.

“Penyertaan entiti baru seperti FGVH akan menyumbang kepada kenaikan jumlah dagangan. Kerancakan pasaran adalah sesuatu yang penting kerana ia boleh menarik minat pelabur yang sebelum ini menjauhi pasaran.

“Peserta pasaran saham tempatan pula akan mempunyai satu lagi pelantar pelaburan yang menarik dengan pembabitan kaunter baru seperti FGVH,” katanya.

Selepas disenaraikan, Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai oleh kakitangan dan peneroka tanah rancangan FELDA akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam FGVH dengan 37 peratus kepentingan.

Pelabur institusi termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional Bhd juga akan memiliki kepentingan masing-masing dalam syarikat itu selepas penyenaraian.

FGVH dijangka menghantar semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan penyenaraian itu untuk dinilai oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada minggu depan.
 
CSL plak mcm mana? Dia top4 stationeri di dunia

Cabutan hari ni, kadar langganan hanyalah 50%; maknanya sapa apply garenti dpt..kita tengok pulak prestasi apabila disenaraikan kelak..:)
 
Back
Top
Log in Register