BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

ai.. guna 4 nama.... besar modal tu... kawan x leh join, modal kena peram,.... tgk track record ipo sekarang x berapa cantik... main board jer ler....

Syukur Alhamdulillah! Sona (1 nama) dan Ranhill (1 nama) berjaya sangkut undian :)
 
la. dah keluar result ker.. harap2 masa listing nanti meletop ler... :D

Kalau tidak , kawan ler masuk ..:)):)):))

salam...xbrape nk pahamla ngan IPO ni...ipo ni nati akan masuk kat BSKL jgk kan?
so knape perlu susah2 berebut nk beli ipo ni, naper x tunggu disenaraikan kat BSKL pastu baru beli.....
baru nk belajar ni, sorila klu soklan mcm xbrape cerdik...hehe
 
Last edited:
ooo....IPO ni rege dia biasanya lebih murah sblm diapungkan kt BSKL kan...
sbb tu org berebut dok beli, bila dah diapungkan, harga naik, bleh trus jual kan?
hmm...tp xsemua mencanak naik kan, amik cth mcam AIRASIA X BERHAD,xnaik2 pon kn...
 
sendiri tanya, sendiri jawab pulak..:) ipo punyai risiko kerugian yg perlu difahami pelabur. hanya labur kat tempat yg anda benar2 faham. cth aax tu hanya paper loss je..:)
 
10 IPO tunggu pelaksanaan

la. dah keluar result ker.. harap2 masa listing nanti meletop ler... :D

Kalau tidak , kawan ler masuk ..:)):)):))

x rezeki aku bulan julai ni..kena sabar ada 10 lagi..carilah yg halal..:)cgrock

Jumaat, 19 Julai 2013 09:31
10 IPO tunggu pelaksanaan

Bursa Malaysia menerima 10 permohonan untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dalam tempoh separuh kedua tahun ini, selain tiga IPO yang telah dilancarkan pada bulan ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Tajuddin Atan, berkata minat terhadap kegiatan mengumpul dana di pasaran tempatan kekal tinggi dan arah aliran itu dijangkakan berterusan sehingga ke hujung tahun.

"Terdapat 10 IPO dalam perancangan, tujuh daripadanya sudah diluluskan. Perkembangan ini akan memastikan kami ada kegiatan mencukupi hingga ke akhir tahun ini. Saya kira (sentimen pelabur) masih positif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat media mengumumkan keputusan kewangan separuh tahun Bursa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Pengendali bursa tempatan itu memperoleh tujuh penyenaraian baru dalam separuh pertama lalu, dengan dana yang dikumpul daripada IPO berkenaan dan pasaran sekunder berjumlah RM10.43 bilion.

Tajuddin juga berkata, pengaliran masuk bersih dana asing dalam enam bulan pertama tahun ini meningkat 141 kepada RM14.5 bilion daripada RM6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Penyertaan pelabur asing dalam dagangan hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI) bertambah 47 peratus daripada 42 peratus pada 2007, manakala dalam dagangan hadapan minyak sawit mentah (FCPO) pula meningkat 39 peratus daripada 18 peratus.

Halaju dagangan bagi enam bulan pertama 2013 adalah tiga peratus lebih tinggi pada 33 peratus, katanya.

Tajuddin berkata, nilai purata dagangan harian bagi pasaran sekuriti meningkat 19 peratus kepada RM2.06 bilion, manakala purata urus niaga harian kontrak pasaran derivatif bertambah 21 peratus kepada 43,358 kontrak.

"Banyak minat ditunjukkan, bukan saja daripada pelabur domestik tetapi juga pelabur asing dalam kedua-dua ekuiti, derivatif dan yang berlandaskan Syariah," katanya.

Sementara itu, prestasi kukuh urus niaga dalam pasaran sekuriti, derivatif serta produk berlandaskan Syariah berkenaan menyaksikan Bursa Malaysia mencatat prestasi separuh tahun dan suku kewangan terbaiknya sejak 2007.

Ia mencatat keuntungan bersih terkumpul RM93.024 juta dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu, iaitu peningkatan 19 peratus berbanding RM78.346 juta yang diraihnya dalam tempoh sama tahun lalu.

Pendapatannya dalam tempoh berkenaan meningkat 12 peratus kepada RM240.787 juta daripada RM215.241 juta.

Tajuddin berkata, urus niaga ketiga-tiga pasaran sekuriti, derivatif dan produk Syariah mencatat pertumbuhan kukuh dua angka didorong peningkatan pembabitan pelabur asing serta runcit.

“Prestasi mantap itu mencerminkan keyakinan tinggi pelabur global dan tempatan terhadap asas kukuh ekonomi negara. Bursa Malaysia belum pernah melihat momentum seperti itu dalam tempoh enam tahun,” katanya.

Tajuddin berkata, pendapatan operasi bursa itu dalam tempoh dikaji meningkat 13 peratus kepada RM223.9 juta disumbangkan terutama oleh peningkatan pendapatan dagangan sekuriti dalam persekitaran pasaran lebih baik pasca Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Beliau berkata, perbelanjaan operasi kekal stabil pada RM108.0 juta dalam tempoh separuh pertama itu berbanding RM103.9 juta tempoh sama tahun sebelumnya, terutama disebabkan semakan dan penyelarasan gaji pekerja.

Bursa Malaysia mengumumkan dividen awal 16 sen dan dividen khas sebanyak 20 sen.

- BH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
 
sendiri tanya, sendiri jawab pulak..:) ipo punyai risiko kerugian yg perlu difahami pelabur. hanya labur kat tempat yg anda benar2 faham. cth aax tu hanya paper loss je..:)

paper loss tu camner maksudnye tuan? lepas ni akan naik ke cmner?
tp untung kan kalu beli saham AAX tu skg, rege sama jer masa ipo aritu, pastu peram jela lame2 kan? betoi ke pemahaman ambe ni...?
 
salam...xbrape nk pahamla ngan IPO ni...ipo ni nati akan masuk kat BSKL jgk kan?
so knape perlu susah2 berebut nk beli ipo ni, naper x tunggu disenaraikan kat BSKL pastu baru beli.....
baru nk belajar ni, sorila klu soklan mcm xbrape cerdik...hehe

Salam.. tak jawab dosa:D:D

IPO yang depa semua dok kecoh kat sini ke semuanya akan masuk ke BSKL atau nama sekarang Bursa Malaysia..
So, kenapa perlu berebut-rebut?.:-?:-?:-?#:-S

sebab barang best bang... orang ramai tu berebut, takut x dapat harga offer.... Kalau kat BSKL karang, melonjak harga tu, kan dah untung.... :)):))

Kenapa tak tunggu.... Kawan tunggu:D:)paid:)paid
 
ooo....IPO ni rege dia biasanya lebih murah sblm diapungkan kt BSKL kan...
sbb tu org berebut dok beli, bila dah diapungkan, harga naik, bleh trus jual kan?
hmm...tp xsemua mencanak naik kan, amik cth mcam AIRASIA X BERHAD,xnaik2 pon kn...
la... dah ada jawapan rupanya... la, tuan yang bertanya menjawab sendiri...
 
paper loss tu camner maksudnye tuan? lepas ni akan naik ke cmner?
tp untung kan kalu beli saham AAX tu skg, rege sama jer masa ipo aritu, pastu peram jela lame2 kan? betoi ke pemahaman ambe ni...?

bro kena belajo Fa dan Ta..sila baca lagi pasal labur saham..saya x berkenan dgn AAX, itulah sebabnya saya x nak beli..bagi yg dah terbeli, fikirlah sendiri kenapa, kenapa dan kenapa beli saham AAX; anda shj yg tahu jawapannya dan bukannya remisier atau org lain. duit anda, risiko anda..:)
 
Back
Top
Log in Register