BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini Tempeleng Maut Buat Azmin

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
07.03.2024 - Keputusan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari disifatkan sebagai "tempeleng maut" buat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata Rashid melakukan "kamikaze" (serangan bunuh diri) dengan membuktikan dia tidak takut pada pindaan perlembagaan parti itu.

"Jika benar ada lima lagi Adun akan ikut jejak Rashi bermakna Azmin Ali tidak solid di Selangor. Dia bukan poster boy Bersatu di Selangor. Rashid melakukan kamikaze kerana Bersatu baru pinda perlembagaan parti. Dia tidak takut pada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam," katanya dalam hantaran di Facebooknya.

152c9d083992e7c6ae1c6f8a35e5cc59.jpg


Semalam Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada kepimpinan Amirudin. Katanya, keputusan itu dibuat setelah dia meneliti ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri. Dia juga mendakwa Perikatan Nasional (PN) Selangor berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada raja-raja Melayu. Bersatu pada 2 Mac lalu meminda perlembagaan parti dalam usaha menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah. Sementara itu, Mohd Puad berkata, Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai.

"Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan oleh ROS. Azmin kata, rakyat penat tengok gelagat MP dan Adun Bersatu alih sokongan. Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan 'Langkah Sheraton' dan kini 'Langkah Dubai'," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/698567
 
Sebelum ..

Kepimpinan Azmin Makin Lemah, Kata Ketua Pemuda Amanah Selangor


07.03.2024 - Ketua Pemuda Amanah Selangor, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid berkata kepimpinan Ketua Pembangkang Selangor, Azmin Ali semakin lemah selepas seorang Adun pembangkang menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri hari ini. Danial berkata Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari menjadi Adun pertama Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

"Prestasi pembangkang semakin lesu jika dilihat pada sidang DUN negeri Selangor yang sedang berlangsung ini, dengan sokongan dinyatakan Adun Selat Klang itu memperlihatkan betapa keyakinan pembangkang terhadap kepimpinan Ketua Pembangkang (Azmin) mula hilang. Ketua Pembangkang kerap menimbulkan spekulasi dan tohmahan dalam dewan, sedangkan beberapa Ahli Dewan Pembangkang ingin turut serta dalam memberi pandangan serta hujah konstruktif untuk membangunkan negeri," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Bersatu Selangor berkata dia memutuskan untuk menyokong kerajaan negeri selepas meneliti ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini setelah saya meneliti ucapan DYMM Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang berada di landasan tepat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional terutamanya Perikatan Nasional Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu. Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Danial yang juga Adun Batu Tiga berkata, sokongan Abdul Rashid ini akan membantu melonjakkan prestasi negeri dengan mengambil kira pengalaman dan hubungan rapatnya dengan anggota pentadbiran Selangor terutama Amirudin dan barisan Exco.

"Penyertaan Abdul Rashid akan melonjakkan prestasi negeri serta memberikan manfaat yang baik untuk rakyat khususnya di Selat Klang. Lanjutan daripada enam orang ahli parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini. Saya melihat betapa rapuhnya kepimpinan Bersatu yang telah melalui beberapa fasa peralihan serta perbicaraan kes yang sedang berjalan terhadap beberapa pemimpin mereka," katanya lagi.

Sebelum ini, enam ahli parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman ( Labuan). Pada 2 Mac lalu, Bersatu berjaya meminda perlembagaan parti itu dalam usaha untuk menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah pada masa hadapan. Perwakilan parti sebulat suara menyokong usul meminda Perkara 10 perlembagaan Bersatu yang menetapkan perkara berkaitan peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti.
1709805425949.png
 
Sebelum ..

ADUN Bersatu Selat Kelang Ikrar Sokongan Kepada MB Selangor

07.03.2024 - Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari hari ini menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Menerusi satu kenyataan, katanya, keputusan itu dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan.

“Ini setelah saya meneliti ucapan DYMM Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang berada di landasan tepat demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional terutamanya Perikatan Nasional Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu. Ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam,” katanya.

Bersatu pada 2 Mac lalu meminda perlembagaan parti itu dalam usaha untuk menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu lalu, dengan perwakilan parti sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 perlembagaan Bersatu. Artikel itu menetapkan perkara berkaitan peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti. Sebelum ini, enam ahli parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

14a68ab4bbf2601f730d9f224f0f8a6d.png


Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan). Abdul Rashid adalah Adun pertama Bersatu yang berpaling tadah. Katanya, keputusan berkenaan adalah bagi memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terutamanya penduduk di Selat Kelang yang akan menerima manfaat daripada kerajaan yang stabil serta padu.

“Saya kekal komited sebagai ahli Bersatu dan akan terus berkhidmat sebagai Adun Selat Kelang,” katanya.
101b91c2d511cb4b3399400f9d1fea98.jpg


Dengan sokongan Abdul Rashid, kerajaan perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan dan disokong oleh BN kini mempunyai 35 kerusi di DUN Selangor manakala PN yang dianggotai oleh PAS dan Bersatu mempunyai 21 kerusi. Jumlah itu masih belum mencukupi untuk menikmati sokongan dua pertiga. Sementara itu, Bernama memetik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San sebagai berkata, dia belum menerima pemakluman berhubung tindakan Abdul Rashid setakat 1.50 tengah hari ini.

“Kedudukan (kerusi dalam DUN Selangor), saya akan bincang balik sebelum membuat keputusan berkaitannya dan kalau mengambil kira pernyataan sokongan Selat Klang, maka kedudukan PN di DUN Selangor adalah 21 kerusi,” katanya.

9c87445b59c16d66245e3c3a69513939.png

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/698401
 
Menarik nie. Kalau tak sokong mahaldahnie, jadi tebuk atap.
Tapi bila sokong mahaldahnie, sebab takut kapal sendiri karam.
 
Menarik nie. Kalau tak sokong mahaldahnie, jadi tebuk atap.
Tapi bila sokong mahaldahnie, sebab takut kapal sendiri karam.
Tebuk atap dengan melompat katak adalah dua benda berbeza
 
Allahu, x habis2 politik kotor dlm kain.
Jangan diulang lagi cerita ni kerana 4 tahun lepas semasa video ni tersebar, ramai yang mengecam Azmin dengan gelaran semburit terutamanya daripada PAS dan UMNO. Yang membela pulak daripada PKR, Amanah, DAP dan Bersatu itu sendiri

Kalau diulang sekarang aku khuatir ramai member kat sini akan jadi hipokrit dengan memberi ulasan mengikut nasab politik semasa masing2 dengan merasakan merekalah yang terpaling betul tanpa cacat sedikitpun

Politik itu memang kotor, sebab tu agama kalau campur dengan politik habis orang yang tak sebulu jadi kafir, tak hormat tok guru, x belajar agama, liberal dsb
 
Dl2 klau jenis pengkhianat nie memang hukuman dia berat la.....tp la nie jd pujaan walanon plk hehehe....dlm ceta kungfu cina bnyk dh ceta org2 mcm nie....ayat paling best klau org rapat sama dia pun dia boleh khianati, nanti ke depan dia akan buat lg.....maka terus kena bunuh tu crta kungfu la
 
Back
Top
Log in Register