BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini kerja 'kacang hantu'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xfrontpage.jpg,qutama2.pagespeed.ic.kR_u2VwVhQ.webp





KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 premis yang memiliki pintu, tingkap, dinding dan tembok kaca sekitar bandar raya ini, termasuk di Luyang dan Inanam, pecah ditembak menggunakan guli yang dilepaskan daripada senapang angin, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikon berkata, kerosakan itu dipercayai berlaku di antara kira-kira 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa guli di tempat kejadian dipercayai dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan kepada orang ramai.

"Semua kejadian berlaku dalam kira-kira satu jam dan dipercayai membabitkan beberapa kumpulan yang menaiki tiga kenderaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.


Jauteh berkata, kes itu masih dalam siasatan dan mendapat kerjasama daripada pemilik premis.


"Sehingga ini, 19 laporan polis sudah diterima dan sebahagian maklumat diperoleh daripada kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Jauteh turut menafikan kes terbabit ada kaitan dengan sebarang kes lain di sekitar daerah ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak cemas dengan keadaan itu.

Sementara itu di Penampang, enam premis turut mengalami kejadian sama dan polis masih melakukan siasatan lanjut.
 
ish bahaya tul la skrg ni...gi mana2 rasa x slmt jer..
 
apa gaknya motif perbuatan dia orang ni....buat menyusahkan betul.
 
Back
Top
Log in Register