BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Whatsapp Apple Android Ini Cara Pin Mesej Di WhatsApp, Barulah Senang Nak Cari

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Jika sebelum ini, mesej penting dalam WhatsApp hanya boleh dibintangkan (starred message) tetapi kini platform pemesejan popular itu telah pun memperkenalkan ciri pin mesej yang boleh digunakan pada di telefon Android, iPhone atau komputer. Berbeza dengan mesej yang dibintangkan, dengan fungsi baharu itu, pengguna WhatsApp kini boleh pin mesej ke bahagian atas tetingkap dalam kumpulan sembang atau individu. Walau bagaimanapun, hanya satu mesej boleh pin pada satu masa dan tempoh maksimum untuk pin mesej adalah 30 hari, manakala pilihan lalai adalah 7 hari dan tempoh minimum 24 jam.

 
Sponsored Post

Cara pin mesej WhatsApp

Anda boleh pin sebarang jenis mesej sama ada teks, tinjauan pendapat, emoji dan sebagainya. Sama seperti semua perbualan lain, mesej yang dipin juga akan disulitkan dari hujung ke hujung. Ingin tahu bagaimana untuk pin mesej? Ini caranya:

Android
  1. Klik mesej.
  2. Klik lebih banyak pilihan > Pin > pilih tempoh masa (24 jam, 7 hari atau 30 hari).
iPhone
  1. Klik mesej.
  2. Klik lebih banyak > Pin > pilih tempoh masa (24 jam, 7 hari atau 30 hari).
Web dan dekstop
  1. Klik mesej.
  2. Klik menu > Pin > pilih tempoh masa (24 jam, 7 hari atau 30 hari).
231215-WhatsApp-Pin-Message-02.jpg

Manakala untuk sembang kumpulan, admin mempunyai pilihan sama ada membenarkan semua ahli atau hanya admin sahaja yang boleh pin mesej. Mesej yang dipinkan akan kekal di tetingkap sembang sehinggalah anda mengeluarkannya secara manual atau apabila tempoh yang ditetapkan tamat. Cara untuk mengeluarkan mesej yang telah dipinkan bagi Android, iPhone, web dan deksktop adalah sama, iaitu Klik mesej > Unpin.
 

Notifikasi Pin Mesej

Apabila anda pin mesej dalam sembang individu, akan naik notifikasi menyatakan terdapat mesej yang dipin. Untuk sembang kumpulan pula, selain mendapat notifikasi menyatakan terdapat mesej yang dipin, ahli kumpulan juga akan mengetahui individu yang membuat pin mesej tersebut. Mesej yang dipinkan, tidak akan dapat dilihat oleh ahli yang baru menyertai sembang kumpulan selepas pin mesej dilakukan, ahli sembang mengosongkan sejarah sembang atau memadam mesej tersebut sebelum dipinkan.
1702636942645.png

Terdahulu, WhatsApp telah memperkenalkan ciri sekali paparan mesej suara dan kod rahsia buat penggunanya. Nampaknya semakin banyak fungsi menarik yang menjadikan ruang sembang di WhatsApp ini lebih privasi ya? Tapi ciri apa yang paling anda suka? Kongsikanlah dengan kami di ruangan komen.

Sumber asal TechCrunch, WhatsApp
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register