Sila betulkan i'tikad anda terhadap konsep jodoh dalam Islam. Jodoh adalah salah satu taqdir yang boleh berubah dengan kuasa Allah melalui USAHA, BERDOA dan seterusnya TAWAKKAL.
Meskipun jika anda mempunyai wang ringgit yang banyak, jodoh tidak akan datang bergolek begitu sahaja, tanpa ada usaha kearahnya. Walaupun mungkin anda fikir, ketika anda kaya-raya, anda tak payah cari, orang sendiri yang akan offer kepada anda, tapi adakah anda PASTI bahawa itu yang akan terjadi?