BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Ingat pelanggan, rupanya polis

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Ingat pelanggan, rupanya polis
FB_IMG_1639667132691.jpg
FB_IMG_1639667136648.jpg
FB_IMG_1639667139270.jpg

Klang: "Hendak beli berapa botol (air ketum)." Itu pertanyaan seorang lelaki sebelum terkejut apabila 'pelanggan' itu memperkenalkan sebagai anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi satu operasi di Pelabuhan Klang di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam operasi 12.10 tengah malam hingga 2 pagi itu, polis mendapati suspek sedang melakukan proses pembungkusan air ketum untuk pasaran sekitar Klang.

"Berdasarkan risikan selama enam bulan, polis menyerbu sebuah rumah sewa jenis berkembar di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah.

"Hasil serbuan dan pemeriksaan dijalankan, polis membongkarkan satu stor dan tempat memproses cecair Mitragynine atau ketum di dalam rumah berkenaan.

"Polis juga berjaya menangkap empat lelaki warga tempatan di rumah berkenaan," katanya dalam sidang media di IPD Klang Selatan, di sini hari ini.

Hoong Fong berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas sejumlah cecair disyaki air ketum yang siap dibungkus membabitkan 400 botol plastik dengan isi padu 600 liter.

"Polis turut merampas sejumlah daun ketum seberat 20 kilogram, sejumlah 648 cecair disyaki ubat batuk dengan jumlah isi padu 583.20 liter serta peralatan memproses cecair berkenaan.

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM250 disyaki wang hasil jualan air ketum. Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM12,000," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, setiap botol air ketum dijual pada harga RM15 dan ubat batuk dijual pada harga RM10.

Katanya, saringan ujian urin mendapati kesemua suspek yang berumur 30 hingga 33 tahun itu negatif dadah.

"Siasatan juga mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Semua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Polis juga masih menjalankan siasatan sama ada pemilik rumah sewa berkenaan mempunyai kaitan dengan suspek dan bagaimana bekalan ubat batuk diperolehi," katanya.

#HarianMetro
 
Judi online bila nk buat mcm nie....bersepah iklas dlm tele, fb, sms....xkn yg tu rakyat nk ajar gk, yg nie ok ja narkotik buat hehehe
 
Ketum skang keruh2 coklat camni apsal eh. Cara masak ke sebab daun
 
Back
Top
Log in Register