TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.












gambar ni boleh pakai juga, cuma yg satu imam n satu makmum lelaki tu, makmum perempuan perlu tepat belakang makmum lelaki dan bukan tgh2 antara imam n makmum lelaki.













mcm kurang betul jer... kenapa imam ngan makmum sebaris yg 1 dan 3. yg 4 tu bukan ker pompuan belah kiri belakang







Soalan:
Bagaimanakah kedudukan/jarak imam dan makmum dalam sembahyang berjemaah:
i) suami/isteri
ii) sesama perempuan
Zainal, KL
Jawapan:
Jarak antara imam dengan makmum dalam solat berjemaah adalah sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kita sekarang. Itulah yang terbaiknya. Ulamak syafii menjelaskan jika imam berada di atas menara masjid manakala makmum pula berada dalam masjid solat tetap sah kerana keduanya masih berada dalam bangunan yang sama. Jika imam berada di dalam masjid, manakala makmum berada di luar masjid maka jarang antara imam dengan makmum jangan melebihi dari 300 hasta.
Jika makmum menunaikan solatnya lebih dari jarak ini, maka hukum solatnya tidak sah. Jika imam menunaikan solat jamaah dengan hanya seorang makmum, maka makmum hendaklah berdiri disebelah kanan imam kebelakang sedikit. iaitu jarak antara tumit imam dengan hujung jari kaki makmum ialah sekadar satu jengkal sahaja. Demikian yang disebut di dalam kitab syarah Muhadhdhab oleh imam An-Nawawi.
i) Suami/isteri
Apabila suami menjadi imam manakala isterinya menjadi makmum, maka jarak antara imam dengan makmum dalam kes ini adalah seperti yang biasa kita lihat sekarang, cuma isteri hendaklah berdiri di sebelah kiri suaminya. Itu sahaja.
ii) Sesama perempuan
Jarak imam dengan makmum dalam solat jamaah yang diimami oleh orang perempuan. sesetengahnya berpendapat imam perempuan berada dihadapan sedikit dari makmum, tetapi yang afdalnya menurut imam An-Nawawi di dalam Syarah Muhaddhabnya, imam perempuan hendaklah berdiri di tengah-tengah saf yang pertama, kemudian jarak antara saf demi saf adalah sebagaimana yang biasa kita lihat sekarang.
http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Itemid=140
