BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[InfoGrafik] Rukun Islam

MHaffiezMNazri

Super Active Member
gem
Messages
5,494
Joined
Jul 23, 2012
Messages
5,494
Reaction score
1,168
Points
171
5-Pillars.jpg
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rukun Islam

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Islam dibangunkan di atas lima (tiang); bersaksi tidak ada Ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan”. (HR Bukhari No: 7) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam dibangunkan atas lima perkara iaitu rukun Islam yang terdiri daripada kalimah syahadah, Solat 5 waktu, zakat, puasa dan ibadat haji.

2. Syahadah adalah satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati yang terhasil dari ilmu pengetahuan tentang pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya.

3. Solat ialah melaksanakan ibadat sembahyang dengan sebaik-baiknya mengikut rukun dan peraturan dengan khusyuk berserta ikhlas dan kehadiran hati ketika melaksanakannya.

4. Zakat adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang diwajibkan kepada orang yang berhak menerimanya.

5. Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.

6. Ibadat Haji adalah menunaikan segala pekerjaan ibadat di Mekah menurut peraturan yang ditetapkan kepada setiap mukalaf yang berkemampuan dan berkuasa.

7. Kewajipan menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan.

8. Bagi pandangan Imam Ahmad Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.

9. Barangsiapa menunda-nunda sampai lebih lima tahun, padahal sudah memiliki kemampuan, maka dia benar-benar jauh dari kebaikan.

Nabi SAW bersabda :

يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِنَّ عَبْدًا أَصْحَحْتُ جِسْمَهُ وَأَوْسَعْتُ عَلَيْهِ فِى الْمَعِيشَةِ تَأْتِى عَلَيْهِ خَمْسَةُ أَعْوَامٍ لَمْ يَفِدْ إِلَىَّ لَمَحْرُومٌ

Allâh Azza wa Jalla berfirman, “Sesungguhnya seorang hamba yang telah Aku anugerahi kesihatan badan, Aku telah luaskan penghidupannya, telah lewat padanya lima tahun, (namun) dia tidak mendatangiKu (iaini: melakukan ibadah haji), dia benar-benar dicegah (dari kebaikan). (HR al-Baihaqi No : 10695) Status: Hadis Sahih

Marilah kita berusaha membangun dan memperkukuhkan lima rukun Islam dengan sebaiknya.

#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

25hb Okt 2023
10hb Rabiul Akhir 1445H
 
1000355605.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Jaminan syurga bagi mereka yang menunaikan rukun Islam.

Dari Mu'adz bin Jabal, ia berkata, Aku pernah bersama Nabi ﷺ dalam suatu permusafiran. Suatu hari aku berada dekat dengan beliau, ketika kami dalam perjalanan. Lantas aku berkata , 'Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku tentang suatu amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka.'

Baginda menjawab, "Engkau telah menanyakan kepadaku tentang perkara yang besar, padahal hal itu merupakan perkara ringan bagi orang yang telah Allah mudahkan. Engkau sembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, engkau dirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, berhaji ke Baitullah."

Hadis Sahih
 
Back
Top
Log in Register