BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Infografik: MySejahtera Trace (MySJ Trace)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
20211226_190633.jpg

🔹MySejahtera trace (MySJ Trace)

[Infografik]
 
20220101_002951.jpg

Pengesanan kontak (contact tracing) ialah proses identifikasi individu-individu yang berkemungkinan telah berada dalam jarak yang berdekatan dalam jangka masa tertentu dengan individu yang telah dikenal pasti positif COVID-19.

Dengan pengaktifan MySJ Trace di MySJ, ia membolehkan proses survelans dalam MySejahtera diperkasakan.

Semua rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai aplikasi MySejahtera(MySJ) boleh mengaktifkan ciri MySejahtera Trace (MySJ Trace).

MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minimum.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi yang terkini.

#LindungDiriLindungSemua
#MySJ

KKM

Sape Muslim masuk kedai nombor ekor boleh detect kat MySejahtera........ 🤣🤣🤣🤣
 
kilang akak aku da lama pakai fungsi mcm ni, tp die pakai device kat bdn masa dalam kilang.
kalau berselisih dgn org dekat2 akan bergegar. so tu kire kontek rapat, kalau salah sorang +ve sorang lg terus kene kuarantin.

td aku da download kat wawei punye appgalery
 
MYSEJAHTERA | Perkenal Ciri Baharu 'MYSJ Trace' Kesan Kontak Rapat

MySejahtera kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MYSJ Trace’ untuk membolehkan pengesanan kontak rapat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di twitternya berkata, ‘MYSJ Trace’ yang menggunakan sistem bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

 
MYSJ TRACE | Ciri Tambahan Tidak Jejas Data Peribadi

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai menggunakan ciri tambahan MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, maklumat daripada ciri tambahan itu hanya terkandung dalam telefon pengguna dan tidak jejas data atau maklumat peribadi.

 
ari ni 5 interaction.. smlm 13 pasal masuk aeon mall haha....
bluetooth mmg on sokmo pasal pairing smartwatch..
 
Back
Top
Log in Register