BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Infografik ~Korban Dan Aqiqah~

harap bos boleh kasi attachment file size besar. Nak print. Thanks. :)
 
Ada sikit info tercicir tu.. i.e. Kepada siapa daging korban / qeqah boleh di makan.
 
1000255576.jpg


Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Tiga (3) Hari

Pendapat Ali RA dan Ibn Umar RA : Tidak boleh menyimpan daging korban melebihi 3 hari.

Pendapat Jumhur Para Ulama':
Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadis mengenai larangannya itu telah dimansuhkan.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah : Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Larangan menyimpan daging lebih 3 hari adalah berdasarkan keadaan hidup yang sempit dan susah ketika itu. Kemudian hadis larangan tersebut telah dimansuhkan hukumnya kerana keadaan telah berubah kepada lebih baik.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
1000255745.jpg


Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-Muslim

Dalam Mazhab Syafi’e

❌ Tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

✅ Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan dari hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.

✅ Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
Back
Top
Log in Register