honey_sapphire
Active Member
- Messages
- 1,318
- Joined
- Jul 10, 2008
- Messages
- 1,318
- Reaction score
- 42
- Points
- 35
Dalam beberapa tahun ini, stesen TV tempatan dibanjiri dengan rancangan realiti dari program pencarian bakat menyanyi, menari, mereka fesyen, modelling … dan yang terbaru, stesen TV9 sedang mencari seorang gadis Melayu.
Lebih spesifiknya, seorang gadis Melayu ideal/idaman yang dikatakan menjalani kehidupan penuh dengan adat kemelayuan serta mewarisi sifat-sifat tradisi. Antara warisan orang Melayu yang patut ada pada gadis ini:
1. Memelihara ciri-ciri, sifat-sifat dan adat resam yang dapat menyerlahkan kehalusan serta keistimewaan gadis Melayu
2. Mempertahankan jati diri dalam arus kemodenan
Jika anda memenuhi kriteria-kriteria di atas dan syarat-syarat penyertaan (warganegara Malaysia, berketurunan Melayu, berumur di antara 18 – 23 tahun pada 31 Disember 2008, berkelulusan minima SPM dan tidak pernah menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat agensi pengiklanan), anda dialu-alukan menghadiri ujibakat di lokasi-lokasi yang tertera di bawah.
19 Julai:
Royale Bintang, Seremban
Ramada Renaissance, Melaka
20 Julai:
M Suite, Johor Bahru
26 Julai:
Swiss Inn, Sg Petani
Berjaya Georgetown Hotel, Pulau Pinang
2 Ogos
Impiana Casuarina, Ipoh (hah..dekat kg aku nih)
3 Ogos
Sri Pentas
Sesi ujibakat bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Semasa ujibakat, peserta diberi kebebasan melakukan pelbagai corak persembahan bercirikan budaya Melayu dan dikehendaki memberi ulasan jawapan berdasarkan soalan pihak juri.
Pemilihan peserta berdasarkan kecantikan (kecantikan asli, kulit halus-mulus, perawakan yang menarik), kemahiran (pengetahuan asas: memasak, berpendidikan, kewangan), personaliti (berdikari, lemah-lembut, mempunyai daya kepimpinan, karismatik) serta agama dan ilmu (mempunyai pengetahuan asas Islam, berpegang teguh kepada Islam).
Mereka yang terpilih semasa uji bakat akan menyertai latihan dan menjalani tugasan mingguan yang diharapkan akan menggilap mereka menjadi gadis Melayu yang ideal.
Pemarkahan berdasarkan 50% undian penonton dan 50% keputusan juri. Hadiah mingguan diberikan kepada peserta yang mendapat markah tertinggi sementara peserta yang mempunyai undian paling rendah akan disingkirkan. Hanya 10 peserta akhir akan bertanding untuk merebut gelaran Gadis Melayu.
(dipetik dari website gua.com)