BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kemalangan harian terkini seluruh negara

Lelaki Warga Emas Maut Langgar Pokok Tumbang​

c2fc99472eea8c9d60f14465949d61646a6aaa26bb8d8

Kredit: JBPM Perak

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Kampung Senggang dekat Sungai Perak di Kuala Kangsar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian itu turut membabitkan seorang lagi penunggang motosikal terlanggar pokok tumbang yang menghalang di kawasan berkenaan.

"Warga emas berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan pelajar sekolah mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berhampiran oleh petugas kesihatan untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.58 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

Sabarodzi berkata mayat warga emas itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.46 pagi.

 


Jadikan pengajaran buat semua...
Sekurang² nya bye² dulu kat anak.
Pastikan anak selamat.
Baru bergerak.

📹 adamshawal6
 
Awal pagi td,ada kes terlanggar babi dekat haiway machang/t merah-jeli..dekat buangan sampah

Mangsa asraf zakaria dr kg bechah palas/pdg lalang(ank sepupu ambo) dlm perjalanan ke rxz member..terlibat xcident tu

keadaan mangsa amat kritikal..tak sedarkan diri..sekarang masih di rawat diunit kecemasan & trauma htm

mohon saim sobat..pakat2 mendoakan agar diberikan kesembuhan dan dipanjangkan usia keatas ank sepupu ambo deh🤲..

tkasih🙏


14284673705920549-414964.jpg
 
Pemandu cedera rempuh kedai kuih


KLANG – Kesilapan memasukkan gear mengundang padah buat seorang wanita apabila kereta yang dipandunya merempuh sebuah kedai kuih dalam kejadian di Leboh Bangau, Taman Berkeley di sini, semalam.

Selain pemandu kereta, kejadian pada pukul 3.30 petang itu turut mencederakan seorang pembantu kedai wanita berusia dalam lingkungan 30-an selepas dilanggar kenderaan berkenaan. Insiden itu turut tular di media sosial menerusi beberapa keping gambar.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut meletakkan kereta di hadapan premis untuk membeli barang.

“Selesai membeli barang, wanita itu masuk ke dalam kereta dan dipercayai tersilap memasukkan gear lalu menekan pedal minyak.

“Akibatnya, kereta itu meluru dan merempuh kedai kuih sebelum melanggar pembantu kedai yang berada di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pekerja kedai dan pemandu kereta menerima rawatan di hospital swasta. Pemandu kereta dijangka menjalani pembedahan berikutan terdapat sedikit kecederaan koyakan pada kepalanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Kishen Raj di talian 011-26249291 bagi membantu siasatan.

Artikel Kosmo Online

14287374466907573-415850.jpg

14287374466907573-415851.jpg


14287374466907573-415853.jpg
 
14288903053225269-416314.jpg

14288903053225269-416315.jpg


Wanita warga asing maut dirempuh lori


KAJANG: Seorang wanita warga asing maut sejurus dirempuh lori membawa muatan tong gas LPG (gas petroleum cecair) ketika melintas jalan di Jalan Semenyih, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, mangsa berusia 41 tahun terbabit, maut akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori lelaki tempatan berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Semenyih menuju ke Ecohill di sini, untuk menghantar tong gas berkenaan.

Katanya, ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan dari arah pasar raya berhampiran.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Katanya, individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

Artikel Buletin Tv3
 


Accident di duke gombak pagi tadi. Nasib i sempat brek😭 terkejut saya bang. Kaku & shaking dibuatnya. Semoga dipermudahkan urusan abang ni & semoga kakak tu baik2 je sbb tak gerak dah lepas jatuh tu 🥹

Kredit : Lunaafaudzi
 
14295462114432245-418195.jpg






Lelaki maut motosikal langgar belakang lori



TUMPAT: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang sebuah lori yang diparkir dan ditinggalkan di bahu jalan akibat kehabisan minyak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam di atas jejambat Wakaf Bharu, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, mangsa berusia 35 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor melalui jejambat berkenaan.

“Apabila sampai di lokasi dan semasa sedang bergerak melalui selekoh Jalan Flyover Wakaf Bharu, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebelah kanan sebuah lori yang ditinggalkan dalam keadaan parkir di bahu kiri jalan disebabkan kehabisan minyak.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Polis Daerah Tumpat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik di talian 09-7257222 atau hadir ke Pejabat Trafik IPD.

Artikel Buletin Tv3
 
420227-420227.jpg


Remaja maut rempuh belakang treler rosak


JOHOR BAHRU – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah treler yang rosak di Kilometer 36.3 Lebuhraya Senai-Desaru, menghala ke Ulu Tiram di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.15 pagi semasa treler berkenan diparkir di tepi jalan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa treler berkenaan yang mengalami kerosakan enjin berada dalam keadaan statik di bahu jalan sejak pukul 5 petang semalam.

“Sebanyak tujuh kon beserta empat lampu amaran berkelip telah diletakkan dalam jarak lebih kurang 50 meter sebagai tanda amaran kerosakan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kemudian datang motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Johor Bahru menghala ke Ulu Tiram.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba melanggar bahagian belakang treler tersebut menyebabkannya tercampak ke tengah jalan.


Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
 
Back
Top
Log in Register