BTC USD 80,976.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kebakaran seluruh malaysia

24531.jpeg
24534.jpeg
24537.jpeg

SEORANG WANITA SESAK NAFAS DALAM KEBAKARAN SEBUAH BANGLO 2 TINGKAT

22.12.2023: JBPM Negeri Johor menerima panggilan kebakaran rumah pada jam 7.41 malam yang berlaku di Jalan Othman Wahid, Sunrise Park, Kluang, Johor.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Bomba daripada 2 buah balai iaitu BBP Kluang dan BBP Ayer Hitam telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman dan penyelamatan.

Menurut Komander Operasi, PBK II Nuzul Azroy bin Mohamad, sebuah rumah banglo 2 tingkat berkeluasan 60x120 kaki telah mengalami kebakaran.

Dalam kejadian itu, terdapat seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas dan telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans KKM.

Kebakaran dapat dikawal dan kerja-kerja pemadaman lanjut telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
24023.jpeg

Wanita lumpuh rentung, kebakaran babit 12 rumah

KOTA KINABALU – Seorang wanita lumpuh, Idam Hamid yang berusia lingkungan 50 tahun, rentung dalam kebakaran membabitkan 12 rumah dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, di Kalansanan, Inanam malam tadi.

Ketua Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 malam.

“Seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian. Kebakaran itu menyebabkan 12 rumah yang dihuni 14 keluarga musnah sepenuhnya.

“Api berjaya dikawal sekitar pukul 1.16 pagi dan tiga mangsa lain termasuk seorang wanita berusia 16 hingga 20 turut melecur manakala seorang wanita mengandung berusia 23 tahun, pengsan.

“Semua mangsa terbabit kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
KEDAH 25/12/2023.

Kebakaran rumah kedai dekat Pekan Lama Sungai Petani, tengah malam tadi.

Sumber: Media sosial


4533.jpeg
4535.jpeg
4538.jpeg
4541.jpeg
4544.jpeg
4547.jpeg
4550.jpeg



4553.jpeg
4556.jpeg
4559.jpeg
4562.jpeg
4564.jpeg
4568.jpeg
4571.jpeg
4574.jpeg
4577.jpeg
4580.jpeg
 
2434.jpeg
2437.jpeg

PERAK 25/12/2023

Kebakaran dekat Kuaters Balai Polis Tanjong Malim, hari ini.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.

Sumber: TaNjOnG MaLiM KiNi group
 
2652.jpeg
2655.jpeg
2658.jpeg
2661.jpeg
2664.jpeg

KUARTERS BALAI POLIS TANJUNG MALIM TERBAKAR

25.12.2023: JBPM Negeri Perak menerima panggilan tentang kebakaran kuarters pada jam 2.28 petang yang berlaku di Kuarters Polis, Balai Polis Tanjung Malim, Perak.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Bomba daripada BBP Tanjung Malim serta bantuan BBP Slim River dan BBP Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, PPgB Mohd Zairul Fahmi bin Mohd Nazari, kebakaran itu melibatkan 2 buah rumah berkeluasan 15x30 kaki. Rumah pertama musnah terbakar 90%, manakala rumah kedua 50%.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.15 petang. Operasi memadam kebakaran telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
 
Makluman awal terdapat satu kebakaran di Taman Perindustrian Krubong, Melaka sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul kemudiaan.

Kredit Foto : Orang Awan

Info akan dikemaskini

5471.jpeg
5474.jpeg
5477.jpeg
5480.jpeg
5483.jpeg
5486.jpeg



 
6334.jpeg
6336.jpeg
6340.jpeg
6342.jpeg
6345.jpeg
6349.jpeg
6352.jpeg

KEBAKARAN STOR/BANGSAL

MUAR,AHAD 31 DISEMBER 2023:

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima satu panggilan kebakaran struktur (STOR PENYIMPANAN/BANGSAL) pada jam 11:16:00 beralamat di no 315 Batu 1¾ Jalan Bakri,84000 Muar Johor.

Satu (1) jentera FRT,(1) jentera Watertanker dan Tiga (3) unit Rim kekuatan seramai lapan (10) orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian. Komander Operasi diketuai oleh PBK II HEZA BIN ARIS

Menurut Komander Operasi, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian pada jam 11:20:00, didapati benar berlaku kebakaran kebakaran rumah berkeluasan l/k 21'(L) x 15'(P) x 10'(T). Kesan kemusnahan dari kebakaran 80%.

PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan air dari pam jentera. Api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 11:30:00.

- BBP MUAR
 
7081.jpeg
7084.jpeg
7087.jpeg
7090.jpeg

Dua beranak rentung dalam kebakaran pondok

GERIK – Seorang wanita warga emas dan anak perempuannya maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah pondok di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 7.38 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Pihak polis memaklumkan terdapat kebakaran pondok di dalam dusun dan api telah pun dipadamkan. Berdasarkan maklumat, terdapat dua mangsa yang berada di dalam pondok berkenaan.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah pondok kelas C musnah terbakar dianggarkan sebanyak 95 peratus.

“Terdapat seorang wanita berusia 76 tahun dan anak perempuannya berusia 43 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mata telah rentung dalam kebakaran itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba segera membawa keluar mayat kedua-dua mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE
 
4518.jpeg
4521.jpeg

*Assalamualaikum , Salam Sejahtera , Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi , Cepat & Mesra...

KECEMASAN KEBAKARAN/ KHIDMAT KHAS :
JENIS PANGGILAN : Pintu Terkunci (Bantuan PDRM)
BIL. PTG : 01/24
TARIKH / HARI : 02.01.2024 (Selasa)
TERIMA PANGGILAN : 20:07:29
LOKASI KEJADIAN : Blok 1-9-12 , Desa Ixora
KOMANDER OPERASI: PBK II Zaini Bin Zainuddin
PASUKAN BERTUGAS : Charlie Crew
AGENSI TERLIBAT : PDRM

PTG - "PERFORM TO be a GREAT"

- BBP PAYA TERUBONG
 

Budak OKU 12 tahun rentung dalam kebakaran di Kuching
 
Back
Top
Log in Register