KEBAKARAN RUMAH DI BUKIT GAMBIR
15.12.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor menerimapanggilan kebakaran rumah melalui talian MERS 999 pada jam 11:55 tengah malam yang berlaku di Kampung Sri Melaka, Batu 22, Sengkang, Bukit Gambir, Johor.
Pasukan Bomba seramai 15 orang daripada BBP Bukit Gambir telah bergegas ke lokasi kejadian bersama kelengkapan dan jentera sejurus panggilan diterima.
Komander Operasi, PPgB Mohd Farizan bin Mokhtar melaporkan, sebuah rumah separuh kekalberkeluasan 40x40 kaki persegi telah musnah terbakar dianggarkan sehingga 95%.
Pasukan Bomba bertindak memadamkan
kebakaran itu dengan menggunakan aliran salur bantu mula daripada pam jentera sehingga kebakarandapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi terkawal jam 00:15 tengah malam, 16 Disember 2023. Kebakaran itu tidak melibatkan sebarangkecederaan atau mangsa. Punca kebakarandan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 1:05.
- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia