BTC USD 83,667.8 Gold USD 4,162.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Info] - Beberapa Fakta Riba'

Da takde beza la ajaran kristian dgn islam
Masing2 ada interest ariba yariba 😂

Cuma beza panggilan nama aja, pinjaman konvensional western
Satu lg pinjaman namanya islamik

Nak islam yg selamat pinjam FAMA je
Father n mader heheh
 
Ulamak pon sepi dgn riba terkini.. riba setahun jagung along zuraidah

Logik akal
Mana lebih mudah utk dibenteras atau utk diperbetulkan???
Tentulah jawapannya benda yg baru di buat

Tpi
Tegur pon takut

Sembang ribakkk bileh terbang je la
Memasing utamakan perut memasing je
 
1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)

6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein

p/s : Bagaimana cara terbaik mengamalkan hidup di dunia BEBAS DARIPADA RIBA' yea??? Sungguh mencabar hidup di zaman kini???
tq for info TT..jom jauhi riba..
 
Jangan cuba samakan riba di bank konvensional dan pulangan dalam bank Islamik.

Pemahaman mengenai kedua2 kaedah pulangan adalah penting.
Manakan Agama Islam hendak disamakan dengan amalan agama2 lain di dunia ini.

Contohnya... Orang Islam solat wajib 5 kali sehari adakah sama dengan Orang Kristian yang sembahyang 1 hari 1 minggu (Hari Ahad) atau Orang India yang sembahyang yang saya tidak ketahui berapa bilangannya?

Sekiranya saya silap sila beri pencerahan.:D
tu yang pelik.. bila pinjam guna islamik ngn conventional... nape interest islamic lebih tinggi dari convenyional?
 
3:130
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu *memakan RIBA dengan BERLIPAT-LIPAT GANDA* [أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً] dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan.

Berarti: boleh makan riba tapi jangan sampai cekik darah

Aneh nya, bank berunsur islamic lebih tinggi RIBA nya berbanding dgn konvensional

Mungkin urusan pinjama mereka saja dibolehkan kerana disahkan halal huhuh

Jgn lah kita ditipu dgn agamawan 😝

Sbenarnya yg letak bunga tinggi2 tu
Mereka tidak beriman
Sbb tu ayat tu kata utk org beriman je heheh
 
Back
Top
Log in Register