BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Industri dadah AS bernilai RM222 bilion

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
CIUDAD JUAREZ – Kegiatan penyeludupan dadah di Amerika Syarikat (AS) menjana pendapatan sebanyak ASS$63 bilion (RM222 bilion) setahun, kata Setiausaha Keselamatan Awam Mexico, Genaro Garcia Luna kelmarin.

Dalam satu forum keselamatan di sini, Luna menjelaskan, satu kilogram dadah yang berasal dari negara-negara Amerika Latin boleh mencapai harga sehingga 50 kali ganda di Eropah atau AS.

“Kos untuk menghasilkan satu kilogram dadah kokain di Colombia atau Mexico hanya AS$2,198 (RM7,741) tetapi ia dijual semula di AS atau Eropah dengan harga mencecah ASS$97,400 (RM343,043) untuk setiap kilogram dadah,” kata Luna.

Tambahnya, Mexico mengerah lebih 36,000 anggota tentera ke seluruh negara untuk menghapuskan keganasan kartel dadah.

“Tanpa pasaran maka tidak akan ada penyeludupan dadah atau keganasan. Pada 1998. penyalahgunaan dadah di Mexico hanya 0.3 peratus daripada 107 juta populasi tetapi ia meningkat kepada 0.4 peratus pada 2002 dan kini ia mencecah 0.8 peratus,” kata Luna.

Mexico pada minggu lalu membenarkan pemilikan sejumlah kecil dadah seperti heroin, ganja dan kokain bagi membantu memerangi jenayah terancang kartel dadah. – AFP
 
fuh...bagus bisnes ni...
 
Back
Top
Log in Register