1305
Super Active Member
- Messages
- 9,729
- Joined
- Sep 19, 2008
- Messages
- 9,729
- Reaction score
- 136
- Points
- 73
Polis Indonesia serbu rumah suspek pengebom
SOLO: Pasukan anti-pengganas Indonedia melepaskan tembakan dalam serbuan di sebuah rumah di Jawa Tengah, awal pagi tadi yang disyaki tempat persembunyian suspek pengeboman hotel di Jakarta, Julai lalu.
Kolonel Polss Joko Irwanto memberitahu, sebelum itu pasukan anti-pengganas berkenaan mengepung rumah di pinggir bandar Solo itu yang dipercayai dijadikan pusat markas kumpulan militan Islam.
Saksi memberitahu mereka kedengaran beberapa tembakan dilepaskan selama beberapa jam sejak lewat malam tadi.
Serbuan itu susulan gerakan polis memburu suspek yang menyerang dan mengebom dua hotel di tengah ibu negara Jakarta - J W Marriott dan Ritz-Carlton pada 17 Julai lalu.
Kejadian itu menyebabkan lapan orang terbunuh manakala lebih 50 yang lain cedera.
Polis Indonesia sebelum ini mendakwa beberapa suspek sudah diberkas atau ditembak mati, termasuk pengganas paling dikehendaki di Asia, Noordin Muhammad Top namun kemudian disahkan ia bukannya lelaki yang berasal dari Malaysia itu. - AFP
sumber BH online
apebenda la INDON ni.. perisik macam makan rasuah jer.. asyik serbu..serbu..serbu... tembak...tembak...tembak.. tapi yang mati org dia sendiri gak... malaysia yang sorang tu pun tak bleh kalahkan, ada hati nak perangan ngan tentera Malaysia.
hidup ATM...
selamat menyambut hari ATM.. semalam...
