Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
JAKARTA 6 Dis. - Indonesia hari ini mengesahkan satu perjanjian global yang mengharamkan letupan ujian nuklear di seluruh dunia.
Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) yang dirundingkan pada 1990-an menetapkan 44 negara yang memiliki reaktor tenaga nuklear atau reaktor penyelidikan nuklear pada waktu itu perlu memberikan kelulusan rasmi sebelum CTBT boleh berkuat kuasa.
Dengan pengesahan yang dibuat oleh Parlimen Indonesia hari ini, perjanjian tersebut telah diluluskan secara rasmi oleh 36 negara dan kini hanya menunggu kelulusan dari Amerika Syarikat (AS), China, Mesir, India, Iran, Israel, Korea Utara dan Pakistan untuk membolehkannya berkuat kuasa.
Ahli Parlimen Indonesia, Mahfudz Siddiq menggesa negara-negara yang belum mengesahkan CTBT, terutamanya AS dan Israel supaya berbuat demikian.
Menteri Luar, Marty Natalegawa dalam satu kenyataannya melahirkan harapan agar langkah Indonesia itu akan mendorong negara-negara yang memiliki senjata nuklear supaya mengambil tindakan sama.
Indonesia yang mempunyai 240 juta penduduk memiliki tiga reaktor atom untuk tujuan penyelidikan.
Di Vienna, Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBTO), Tibor Toth mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen Indonesia kerana membawa CTBT 'selangkah lebih hampir untuk menjadi sebuah undang-undang dunia'.
"Saya menyambut baik keputusan pengundian di Parlimen Indonesia hari ini untuk mengesahkan perjanjian itu.
"Dengan keputusan bersejarah ini, jurang yang menyekat perjanjian itu daripada berkuat kuasa sudah dirapatkan kepada lapan negara," kata beliau sahaja. - AFP