BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indon bawa lari bini

kerolumpur

Banned
Messages
722
Joined
Apr 29, 2013
Messages
722
Reaction score
51
Points
20
Kuantan: “Tiada perkataan lain yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa bersyukur yang teramat sangat,” kata Mohd Riduan Abd Razak selepas isterinya yang dilarikan empat warga Indonesia ditemui selamat di Pasuruan, Surabaya, Indonesia, semalam.Mohd Riduan, 34, berkata, berita penemuan isterinya Nur Idayu Abd Aziz, 34, dimaklumkan kenalan rapat bapa mentuanya Md Nasir Mahmud, 53, yang tinggal di daerah Jawa Timur, jam 1.30 pagi

semalam.Menurutnya, jam 7.30 malam kelmarin, kawan rapat bapa mentuanya itu dikenali sebagai Pak Rahman menghubungi memaklumkan dia berjaya menemui rumah lelaki yang melarikan Nur Idayu di Dusun Besuk daerah Jawa Timur.“Pak Rahman meminta bantuan beberapa kenalannya menunggu di rumah berkenaan dan pada jam 9 malam lelaki itu yang dikenali sebagai Saiful Qorif, 36, pulang ke rumahnya sebelum berjaya ditahan.“Bagaimanapun, dia dipercayai meninggalkan isteri saya di rumah mak saudara atau sepupunya di Pasuruan yang mengambil masa hampir empat jam untuk ke sana dari Jawa Timur,” katanya di rumah keluarga mentuanya di FELDA Bukit Sagu 2 di sini, semalam.

Harian Metro 25 Jun lalu melaporkan Nur Idayu dipercayai dilarikan empat warga Indonesia termasuk seorang wanita pada 22 Jun lalu yang sebelum itu diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di Felda Bukit Sagu 2.Mohd Riduan berkata, Pak Rahman turut memaklumkan ketika ditemui, Nur Idayu kelihatan lemah, separuh sedar dan tidak dapat mengingati nama suami serta anaknya melainkan menyebut nama Saiful.“Pak Rahman juga beritahu, fikiran Nur Idayu lebih tertumpu kepada lelaki yang melarikannya. Bila ditanya mahu pulang atau tidak, Pak Rahman memberitahu isteri saya marah dan enggan pulang kerana mahu tinggal bersama lelaki itu.“Saya membenarkan Pak Rahman membawa pulang isteri saya di rumahnya di Jawa Timur untuk dirawat terlebih dulu kerana dia dipercayai dipukau suspek. Kami perlukan masa untuk memulihkannya,” katanya.Menurutnya, dia bercadang ke Jawa Timur dalam tempoh terdekat untuk membawa pulang isterinya.“Bagaimanapun, saya perlukan pertolongan pihak berkuasa menguruskan kepulangannya berdasarkan dia dibawa lari tanpa sebarang dokumen sah dan berharap semuanya dapat diselesaikan segera bagi membolehkan kami sekeluarga bersatu kembali,” katanya.Dia berkata, hasil maklumat diterimanya sebelum ini, lelaki terbabit bersama tiga rakannya membawa isterinya ke Temerloh sebelum meninggalkan kereta di sana dan berkemungkinan menaiki teksi ke Klang.

“Kemungkinan mereka berpecah dan isteri saya dibawa ke Medan seterusnya ke Surabaya,” katanya.Dalam pada itu, Mohd Riduan yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat petroleum di Doha, Qatar berkemungkinan berhenti kerja dan mencari pekerjaan baru di negara ini kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan tiga anaknya.“Ketika ini, saya sedang bercuti dan terus menyambung sehingga Aidilfitri serta kembali ke Doha untuk menguruskan peletakan jawatan di sana.“Dengan apa yang berlaku, saya tidak lagi mahu tinggal berjauhan dengan isteri. Biarlah saya bekerja di sini saja, pasti ada rezeki saya,” katanya.Mohd Riduan berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit.
 
kene ilmu guna2 la nih...
 
Ni bahana indon PATI masuk sini....
 
Peh kuat ilmu dia ni
tapi ada kawan pak mentua xpe la lagi kuat
 
faktor utama

Dalam pada itu, Mohd Riduan yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat petroleum di Doha, Qatar berkemungkinan berhenti kerja dan mencari pekerjaan baru di negara ini kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan tiga anaknya
 
Simpati pada laki dia
bini x dak.huhu
 
Macam mane bini die dibawak lari tanpe sebarang dokumen?
Naik tongkang ke?
 
dapat jg jejak...
ape lah yang pati tu dh buat kt bini kawan tu...
 
Back
Top
Log in Register