BTC USD 82,974.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Individu mahu murtad perlu dikuarantin

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,006
Points
881
Individu mahu murtad perlu dikuarantin
March 3, 2021
Abdul-Muiz-Muhammad-696x439.png

KUALA LUMPUR: Individu yang didakwa ingin keluar atau murtad daripada Islam perlu dikuarantinkan supaya pengaruh persekitarannya dan keinginannya tidak mempengaruhi orang ramai.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad, penentuan status seseorang sama ada individu tersebut telah murtad atau tidak dan hukuman ke atasnya hanya boleh dilaksanakan oleh pihak berautoriti iaitu kerajaan.

Advertisement

Katanya, di sebalik hukuman had ke atas individu murtad, terdapat proses pemulihan yang wajib dijalankan di sisi jumhur ulama’ iaitu istitabah.

“Individu yang didakwa ingin murtad itu perlu dikuarantinkan, agar dirinya bebas dari pengaruh persekitaran dan keinginannya tidak mempengaruhi orang ramai.

“Putuskan dirinya dengan akses luar. Pencegahan ini sangat mustahak, apatah lagi jika individu tersebut dianggap sebagai influencer dalam masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sepanjang proses tersebut, individu tersebut perlu disedarkan, diajar dan diberi ruang untuk berdialog berkaitan kekeliruan-kekeliruan yang mendorong keinginannya untuk murtad.

Bagaimanapun, kata Abdul Mu’izz, terdapat khilaf dalam kalangan ulama’ berkaitan tempoh istitabah dan ia bergantung dengan pertimbangan semasa hari ini.

Namun begitu, Abdul Mu’izz menegaskan bahawa sesi pencerahan tersebut penting untuk mengembalikan individu itu ke pangkal jalan.

Hal ini kerana ramai muslim yang ingin murtad hanya semata-mata didorong oleh emosi reaktif dan kejahilannya yang menebal, bukan kerana kesanggupan akal rasionalnya, ujarnya.

“Apatah lagi zaman hari ini, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang jadi tidak berakal.

“Maka tindakan kuarantin untuk proses pemulihan atas nama istitabah dilihat sangat mendesak hari ini.

“Sekalipun ia pasti akan mendapat tentangan kerana bercanggah dengan ideologi liberalisme yang memperjuangkan hak individu tanpa batasan agama.

“Kes pondan yang mengisytiharkan ingin keluar Islam ini (perlu dijadikan) sebagai pengajaran dan implikasi, akibat kerajaan selaku pihak berautoriti lambat menangani gerakan mereka menyebabkan ia menular dan ‘naik lemak’.

Pada masa yang sama, mereka menikmati publisiti murahan kerana isu seumpama ini dilayan oleh segelintir masyarakat secara lawak jenaka,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 3/3/2021
 
cucuh jari dia ngan mancis.... pastu bg tau.. tu baru panas dunia...
dakpung.. buh dlm kontena. .jemur panas... bgtau..dia.. sikit jaa tu nak banding mahsyar...
 
alasan murtad, "sbb org lain buat dia murtad..."
harap2 dia sedar yang pemikiran mcm ni akan memusnahkan dia...

aku sendiri pun DULU suka salahkan org sekeliling, salahkan family,, last2 hidup aku mcm tak tenang...makin buruk pun ada....

lebih baik kita muhasabah diri, pikir apa salah yg kita buat, dan cuba perbaiki diri...insyaALLAH lepas tu akan ok perlahan lahan...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register