akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
India luluskan vaksin titis hidung
Vaksin COVID-19 secara titisan hidung, iNCOVACC.
NEW DELHI: India meluluskan vaksin COVID-19 secara titisan hidung pertamanya.
Diperbuat oleh Bharat Biotech, iNCOVACC adalah vaksin berbentuk titisan dan merangsang tindak balas imun dalam tisu di rongga hidung.
Pada September tahun lalu, China meluluskan vaksin COVID-19 yang diberikan secara semburan.
Saintis mengatakan bahawa vaksin hidung mungkin menawarkan imuniti tambahan pada lapisan hidung dan saluran pernafasan, yang biasanya virus itu mula memasuki badan, lapor BBC.
Pasukan penyelidik di UK dan AS juga menjalankan kajian terhadap vaksin semburan hidung.
Pada November lalu, pengawal selia ubat India meluluskan penggunaan iNCOVACC sebagai dos penggalak kepada individu yang sebelum ini menerima dua dos Covishied atau Covaxin, dua vaksin India utama.
Pada Disember lalu, ia diluluskan oleh pengawal selia dadah sebagai vaksin utama dan dos penggalak kepada individu dewasa.
Vaksin itu akan menelan kos 800 rupee (kira-kira RM41) bagi setiap dos di hospital swasta dan 325 rupee (RM16) di hospital kerajaan, yang boleh ditempah secara dalam talian, dengan dua dos perlu diambil selang 28 hari.
iNCOVACC menggunakan adenovirus untuk melawan jangkitan dan tidak berbahaya serta sudah diubah suai supaya tidak boleh menyebabkan jangkitan.
Pengerusi Bharat Biotech, Dr Krishna Ella memberitahu agensi berita ANI bahawa vaksin itu mudah digunakan kerana tidak memerlukan picagari atau jarum dan ia menghasilkan tindak balas imun lebih luas berbanding vaksin COVID-19 secara suntikan.
India memberikan lebih dua bilion suntikan COVID-19, setakat ini, dan lebih daripada 70 peratus penduduk sudah mengambil sekurang-kurangnya dua dos, kata Kementerian Kesihatan.
Pada Januari 2022, India mula memberi dos penggalak kepada pekerja barisan hadapan dan individu berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi sebelum diperluaskan kepada semua orang dewasa, namun kadar dos penggalak diberikan adalah perlahan. - AGENSI