BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

imej UFO di Turki

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
ufo.jpg

IMEJ ini menunjukkan UFO di sebuah lokasi di Turki yang berjaya dirakamkan oleh Yalcin.

LONDON - Satu rakaman video yang dirakamkan pada awal tahun ini di Turki dianggap sebagai imej objek yang tidak dikenali (UFO) paling penting pernah difilemkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu, rakaman itu dianggap penting kerana ia dilaporkan turut merakamkan makhluk asing.

Rakaman itu dibuat olej seorang lelaki Turki, Yalcin Talman pada waktu malam ketika bertugas sebagai pengawal di sebuah lokasi.

Yalcin dan sebahagian penduduk mendakwa beberapa UFO dilihat antara Mei dan September dekat satu lokasi di Istanbul.

Rakaman selama hampir dua setengah jam itu menunjukkan pelbagai jenis objek termasuk jenis kapal terbang mirip piring terbang.

Ia kemudian diserahkan kepada Pusat Penyelidikan Sains Angkasa Lepas UFO di Turki yang menemu ramah sejumlah saksi.

Seorang penyelidik UFO, Haktan Akdogan berkata: "Dalam rakaman video itu, bentuk fizikal UFO dan struktur logamnya boleh dilihat dengan jelas.

"Selepas mengkaji semua analisis, kami membuat kesimpulan bahawa rakaman itu adalah tulen."

"Objek dalam filem itu bukannya akibat kesilapan identiti fenomena alam semula jadi, kapal terbang atau objek astronomi."

Imej itu akan didedahkan dalam persidangan tahunan Majalah Data UFO di Pontefract, West Yorks pada 25 Oktober depan. - Agensi
 
erm..cmna rupa alien ni ek..ada rupa alien workshop tu ke :-?:-?:-?
 
alien tu ada rupa cam kuih tart la...ufo tu cam tipu jerk..
 
Akhirnya dapat juga UFO dirakam dengan imej yg jelas.... :)
 
alien tu ado cam muko avatar pojie tu tak :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register