BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Imej lokasi kaabah yang bersinar dari angkasa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
350651-350651.jpg


Dari ratusan kilometer di atas bumi, seorang angkasawan pandang ke arah Mekah. Dalam lautan lampu kota yang berselerak, satu titik paling terang jelas kelihatan di tengahnya: Kaabah. Cahaya dari Masjidil Haram itu naik ke langit, sampai boleh dirakam dari angkasa.

Angkasawan NASA, Don Pettit, ambil gambar ini dari tingkap cupola di International Space Station (ISS) menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi. Beliau kemudian kongsikan

“Orbital views of Mecca, Saudi Arabia. The bright spot in the center is the Kaaba, Islam’s holiest site, visible even from space.”

Cantik, kan?

Tapi lebih indah bila kita ingat, agama kita sendiri bermula dengan satu arahan yang sangat penting: “Iqra’” Surah pertama yang diturunkan bukan tentang hukum, bukan tentang hukuman, tetapi tentang membaca. Tentang ilmu. Tentang mencari dan memahami.

Agama dan ilmu sebenarnya tidak pernah berlawanan. Sains bantu kita nampak keajaiban ciptaan Allah dengan lebih dekat. Dari struktur sel dalam badan manusia, sehinggalah orbit planet dan gambar Kaabah yang bersinar dari ruang angkasa, semuanya mengajar kita satu benda: semua ini bukan kebetulan.

Kalau Kaabah boleh dilihat sebagai cahaya dari langit, kita pun boleh pilih untuk jadikan ilmu sebagai cahaya dalam hidup. Teroka ilmu, teroka sains, baca dan belajar. Lagi banyak kita faham, lagi dalam rasa kagum kita kepada Maha Pencipta.

Salam Jumaat,
PHM

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
Back
Top
Log in Register