BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iman & Saudara Muslim

Tu silap saya,
Maaf.
Na buat ayat,
X abis.
Tapi saya x jadi na teruskan.

Don't worry gan hukum2 Allah...Allah Jaga....org xleh buat apa...

Tentang orang yg Jenis cam TT cakap kat thread ni, segelintir je camtu
 
Iman = percaya
Tingkatkan iman = menambahkan lg kepercayaan ..percayakan hari di beri balasan

Tetapi kebanyakan manusia beragama mereka mengaku percaya bertuhan tetapi sebenarnya tidak beriman pd kitab agama mereka sendiri malah tidak percaya & mempersekutukan Nya

sembahyang pula dilakukan secara terpaksa & menunjuk2..dan menjadikan quran bahan syair yang mereka juga tidak mahu memahami nya & mempercayainya
 
1000040633.jpg

JADILAH HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA

✅ Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain
✅ Islam menyuruh agar tidak mendiamkan diri jika kemungkaran berlaku di hadapan kita (perlu dicegah atau dinasihat)
✅ Muslim dilarang mencari-cari isu atau kelemahan orang lain.
✅ Dilarang saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci diantara kita.

Dituntut kepada kita semua agar sentiasa berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim.
 
1000424688.jpg


Kewajipan Setiap Muslim Ke Atas Muslim Lain

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya, dan darahnya” (Riwayat Muslim (2564)

Kewajipan seseorang muslim terhadap saudaranya yang lain, iaitu haram ke atasnya untuk menumpahkan darah saudara muslim yang lain dan mencerobohi hartanya seperti mencuri atau merompak atau menipu dalam urusan jual beli.
 
1000448156.jpg


Kasih Sayang, Tanda Iman yang Sempurna

Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)

Iman kita tidak lengkap tanpa kasih sayang terhadap orang lain. Mengasihi saudara kita, sama seperti kita menyayangi diri sendiri, adalah cerminan iman yang sejati.

Mari kita sebarkan kasih sayang dan bina ukhuwah yang lebih erat. 🌸

#Malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#KasihSayang
#TandaIman
#UkhuwahIslamiah
 
1000498265.jpg


LARANGAN MENYAKITI SAUDARA MUSLIM YANG LAIN

Nabi SAW bersabda: “Seorang Muslim itu adalah mereka yang membuatkan Muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan tangannya.”

Lidah dan tangan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar. Gunakanlah ia untuk kebaikan, bukan untuk menyakiti.

Mari kita jadikan hidup ini lebih harmoni dengan menjaga adab dan akhlak sesama saudara Muslim.

#JagaLidah #JagaTangan #AdabIslam #malaysiamadani
 
1000563175.jpg


Muslim Sejati: Melindungi, Bukan Menyakiti

Mari kita renungi, adakah lidah dan tangan kita membawa rahmat, atau menyakiti orang lain? Muslim sejati bukan hanya pada nama, tetapi pada akhlak dan adab.

Jadilah pelindung, bukan pemusnah. Sebarkan kasih, bukan kebencian.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#jumaatsatuhadis
 
Back
Top
Log in Register