kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari
Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di
sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut
selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan
duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah
memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya...
setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan
bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun
sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara
automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut
sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya
wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan
sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam
tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya
sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya
nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah IMAN dengan 20 sen!!!.