BTC USD 83,408.7 Gold USD 4,087.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam tersalah baca Fatihah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,006
Points
881



SHAH ALAM - Jemaah yang menunaikan solat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin lalu perlu menggantikan semula solat selepas didapati tidak sah.

Ini berikutan kekhilafan imam tidak menurut rukun solat selepas didapati tidak membaca satu ayat di dalam surah al-Fatihah dengan solat itu diteruskan sehingga selesai.

Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam, Fadli Mohd. Yusuf berkata, kejadian terbabit disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai solat itu.

Katanya, beberapa ahli kariah kemudiannya mempersoalkan kepada pihak masjid sama ada solat itu sah atau perlu diqada semula.

"Kami kemudiannya terus merujuk perkara itu kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

"Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid mengemukakan alasan bahawa rukun solat adalah perlu membaca al-Fatihah dengan tertib," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 58 saat tular di laman sosial berhubung solat tersebut yang jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah al-Fatihah. - K! ONLINE

Sumber: http://www.kosmo.com.my/terkini/video-solat-isyak-tidak-sah-1.910956
 
Kes cmni sakit sikit... Samada makmum belakang imam g ganti atau niat keluar dari makmum je la...
 
Aduh tak pasal2.
Aku dengar sekali pun tak perasan.
 
manusai tak lepas daripada melakukan kesilapan. kesilapan ni ada hikmahnya, ramai orang awam dapat ilmu.

yang mana kecam imam ni, orang tak berilmu sahaja buat.
 
tanggungjawab imam bkn mudah..aku pernah jgk solat terawih jadi 3 rakaat...imam dari arab....biasa la,manusia x lari dari kesilapan...
 
Tengok hikmah di sebalik kejadian. Allah nak tunjuk yang 10 malam terakhir masjid ini dipenuhi dan melimpah keluar jemaah bersolat.
 
Back
Top
Log in Register