BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imam jadi mangsa pencuri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Muhammad Taufik menunjukkan motosikal jenis Yamaha LC 135 di rumahnya yang hilang tayar, rim dan sproket akibat dicuri.​

SEMABOK - Seorang imam masjid terkejut sebaik saja hendak keluar rumah untuk menunaikan solat Subuh di masjid, apabila mendapati satu daripada tayar dan rim motosikal miliknya lesap dicuri.

Kejadian disedari imam terbabit, Muhammad Taufik Khalil, 31, kira-kira jam 5 pagi kelmarin sebaik saja membuka pintu rumahnya di Taman Semabok Jaya, di sini.

Menurutnya, selain tayar motosikal dan sport rim jenis Yamaha LC 135, turut dilarikan satu set sproket menyebabkan dia rugi hampir RM800.

"Terkejut saya apabila nampak tayar belakang motosikal sudah tak ada, sebaik keluar daripada rumah.

"Biasanya, saya tidak mengunci pagar rumah dan hanya menutup sahaja. Tak sangka pula pencuri dapat buka pagar dan sempat tanggalkan tayar motor serta sproket ini," katanya.

Menurutnya, dia percaya kejadian berlaku sekitar 3 dan 5 pagi.

"Kerana sebelum itu, saya baru saja pulang dari rumah selepas bertemu seorang pelanggan," katanya yang turut menjalankan perniagaan sampingan sebagai ejen insurans takaful.

Muhammad Taufik berkata, berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Kandang.

"Ketika membuat laporan, polis memberitahu saya adalah mangsa kedua membuat laporan tentang kecurian. Sebelum itu ada seorang lelaki turut membuat laporan kehilangan motosikalnya di taman perumahan sama," katanya.

Berikutan itu, Muhammad Taufik menasihatkan jiran-jiran lain supaya berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa selepas ini.
 
Back
Top
Log in Register