BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ilusi Matrix

kalo bleh citer kt sini bro..aku dh buka link bro bg tu..panjang sgt..byk n penin pala hehee..
 
menarik konsep ni.....harap dapat berkongsi secara ilmiah dgn geng2 dlm cg nie..jgn ada gaduh2 yerk..hehe
 
memang benar jasad ini cuma ilusi... yg abadi cuma roh kita... semua nie dah diterangkan di dlam Al-Quran...
 
kpd forumer yg berminat...nak x nak, korang kena gak baca link yg saya baca tu n khatam....kalu korang baru belajar A, x leh terus ke X,Y, Z....

memang pd mulanya pemula thread ni ada yg kritik tahap gaban ngan apa yg dia (highlander07) ni...forumer lain ambil masa gak nak faham ajaran dia ni...korang x semestinya setuju 100 % apa yg dia ajar tu...
 
Qada dan Qadar

Sebenarnya dah discuss ttg ni..tapi tak mengapa cuma cubalah memahaminya...

Penumpang2 telah membeli tiket masing2 berdasarkan kemampuan yg dipersetujui..apabila keretapi tiba masing2 menaiki gerabak2 yg telah ditetapkan..ada yg menaiki dahulu, ada yg menaiki kemudian..setelah itu masing duduk di tempat2 yg telah dikhaskan..ada yg eksklusif, ada yg ekonomi, ada yg low class(ada ke?), ada yg langsung tiada tempat duduk kerana dah penuh..semasa perjalanan ada yg komplen2 pasal tempat duduk yg 'dipersetujui/alastu', ada yg tenang dan menerima baik tempat duduk yg dikhaskan..kemudian ada yg mula memasang kipas, mengadjust aircond, tingkap..ada yg ubah kedudukan tempat duduk..ada yg membuat kacau..ada yg buat hal masing2..ada yg cuba berkomunikasi (bersembang2 dll), sepanjang perjalanan ada yg turun ke stesen2 dan berehat sebentar sblm perjalanan, ada yg jatuh sakit, ada yg sakit perut ..mereka akan dipindahkan dan dimasukkan dlm gerabak khas untuk 'rawatan')..ada yg meninggalkan kerusi dan berjalan2, ada yg tersesat, ada yg curi2 duduk tempat orang lain..semasa keretapi bergerak kadangkala perjalanan laju, perlahan dan berhenti...ada masa2nya gerabak bergegar dan bergoncang akibat kelajuan atau terlanggar sesuatu..tetapi ia tetap ditarik oleh lokomotif ke depan..ada kala arah perjalanan ditukar menggunakan rel atau landasan pilihan yg lain (jarang berlaku)..adakalanya satu dua gerabak terpaksa ditinggalkan akibat rosak (jarang2 berlaku)..tapi destinasi tetap diteruskan..pemandu2 lokomotif tak kisah apa yg berlaku dlm gerabak as long gerabak terus berjalan (gerabak2 dikunci rapi)..setiap gerabak ada 'penjaga' masing..tapi ada satu dua penumpang yg ada 'dokumen khas' yg boleh keluar dari pintu2 ke gerabak lain..ada penumpang yg ada 'kuasa' memberi nasihat atau berbincang dgn pemandu utk berhenti atau melambatkan perjalanan..tetapi penumpang ini tak boleh menyuruh pemandu mengubah destinasi..pemandu juga boleh pergi ke gerabak2..melihat suasana penumpang, memastikan gerabak dlm keadaan baik, memyuruh gerabak dikunci rapat dll

penumpang2=anda
naik dahulu=hidup lebih awal
tempat duduk = plan anda/rezeki, jodoh dll (alastu)
kipas, tempat duduk dll=triggering centre
kelakuan dalam gerabak=usaha
gerabak2=alam2 ilusi matrix
kunci=conciousness/hati
gerabak2 yg rosak dan ditinggalkan=alam2 yg musnah
gerabak untuk 'rawatan'=alam barzakh
penjaga=malaikat
rel=plan alam
penumpang dokumen khas=yg dapat makrifat/keluar dari matrix
penumpang dgn 'kuasa'=highlander2
pemandu lokomotif = the one
destinasi=pertemuan dgn the source
yg tak diketahui dan di kenali sebenarnya kecuali sampai destinasi=The Source (Tauke keretapi)
 
Tamsilan di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan. Katakanlah anda ke kedai gunting. Dalam kedai itu ada banyak cermin disekelilingnya..Hasilnya adalah anda nampak bayang/ imej yg banyak dikiri kanan depan belakang anda..Setiap imej itu kelihatan pula berlapis-lapis semakin ke dalam pula..Imej-imej tersebut dipanggil sebagai alam maya atau ilusi ..iaitu tamsilan bahawa apa yg kita nampak pd diri kita ini dan di sekeliling adalah maya/ilusi sahaja (bukan wujud hakiki/ iaitu mumkinul wujud)..oleh itu, imej-imej yang berada dalam cermin itu dan apa-apa yg anda nampak di sekkeliling setiap alam maya atau ilusi itu dinamakan matrix..atau pun software..Yang benar-benar wujud haqiqi (Al_Haq) adalah diri yang kena gunting itu yang dipanggil AKU ..Imej-imej dalam cermin itu kadangkala berbagai rupa (berbeza) mengikut keadaan cermin tersebut..Jika cermin itu kotor atau permukaan tak rata maka lagi berbezalah imej dengan diri/objek yang asal.Untuk melihat dirinya, objek tadi/si kena gunting tadi perlulah ada cermin atau menyediakan cermin. Katakanlah dia seorang segak lagi tampan (macam Dr S.Muzaffar)..Dia perlu melihat imej dirinya dalam cermin/matrix untuk dia lihat ketampanannya seterusnya memuji akan dirinya..Jika cermin itu bersih dan rata..maka barulah diketahui akan ke 'handsome' mannya.. Jika cermin itu kotor maka terkejutlah ia dan merasa rendah dirinya kerana melihat betapa 'hodoh'nya dia..Allah itu ibarat khazanah yang terpendam..Dijadikan makhluk untuk memujiNya (mencari,merasai perlindungan,memohon dll)..Cermin-cermin itu adalah tamsilan bagi hati..

Hanya satu cara membersihkan hati adalah zikrullah yang akan menjadikan cermin itu makin lama makin bersih dan licin..Hanya dengan cara itu Dia dapat melihat dirinya yang cantik !!Sebenarnya hati itu adalah Kesadaran/conciousness..Lebih banyak zikrullah bermakna kesadaran bahawa apa yg kita percaya daripada apa yg kita lihat di dunia adalah imej yg maya/ilusi yakni berada dalam satu sistem/software yg dinamakan matrix..Imej2 maya/ilusi yang berbeza melambangkan matrix yang berbeza...Imej yang paling dekat dan paling terang/jelas sekali adalalah dinamakan Nur Allah atau dalam istilah kami Matrix Nur Allah..Imej2 seterusnya yg kurang terang sedikit dinamakan Nur Muhamad (matrix nur muhammad)..seterusnya Matrix Ruh---->Matrix embryo--> Matrix manusia (yang kita 'tinggal')--> Mati-->Matrix barzakh--->matrix akhirat.......>...>laluan matrix seterusnya dan akhirnya kembali. Mereka yang bersungguh-sungguh berzikrullah kadangkala diberi peluang 'keluar dari matrix manusia' dan menjelajah ke matrix2 lain atau ke matrix yang lebih tinggi..Ini dinamakan sebagai pembukaan makrifat/kesadaran ilahi . Individu dari matrix manusia yang pertama dan pernah tiba ke matrix yang terhampir dengan Empunya Diri (Allah) adalah nabi Muhammad SAW semasa Mikraj .Selepas itu laluan-lauan 'menembusi' matrix telah terbuka dan Nabi Muhammad menjadi 'peneman' kepada semua 'jumper/highlander2' untuk mikraj. Ini menunjukkan bahawa setiap Insan boleh mengikut jalan yang sama atau mencapai apa yang boleh dicapai oleh perintis jalan tadi..Kreativiti guru-guru menyebabkan 'perjalanan' ini kelihatan berbeza dan dinamakan sebagai tariqah-tariqah..Sebelum Nabi Muhammad SAW..belum ada individu yang paling hebat spiritual (yang melepasi matrix manusia) yang mampu sampai ke peringkat itu. Matrix manusia di'generate' oleh 'software' yang terdiri dari 4 elemen asas iaitu air, tanah, api, angin yang dikawal pula oleh 4 kuasa iaitu gravitism, magnetism, 'ikatan molekular kuat dan lemah'...Inilah yang mengekal dan 'mengikat' setiap individu agar tak melepasi matrix ini..Cara yang paling mudah untuk 'terlepas' dari matrix ini adalah jalan kematian iaitu tubuh yg dikawal oleh elemen tadi 'expired'..jadi diri kita tadi akan ditransport ke matrix seterusnya yang dinamakan matrix barzakh. dalam matrix barzakh, elemen2 yg membentuk dan mengawalnya berbeza. Itulah sebab kita akan melihat diri kita berbeza yakni dalam rupa2 yang belum kita pernah lihat. di sini juga tubuh badan kita yg rosak akan diganti dan dipulih dengan cepat, rasa sakit atau nikmat beratus atau beribu kali ganda berbanding dalam matrix manusia...Makhluk2-makhluk yang 'muncul' yang akan 'melayan' dan 'menyiksa' kita sangat berbeza (sangat besar, kuat , amat cantik )..hal ini berlaku adalah software matrix yang berbeza. makhluk2 tadi adalah 'trigerring center' yang telah di'set'kan fungsinya dalam software tadi. maknanya, matrix-matrix lain, maka lain pula elemen yg menguasai matrix dan triggering centrenya (contoh: matrix syurga..bidadari yg beribu2 kali cantik berbanding di matrix manusia..bidadari itu adalah 'trigerring centre' di situ). Transport/buraq yang yang membantu melepasi matrix pertama dinamakan Diri Rahsia. Apabila seseorang itu melazimkan diri berwirid 23 jam sehari, Diri Matrix yang putih berkilauan seperti emas disepuh/keperakkan/silver yang bertanda kalimah Allah akan 'muncul'. Inilah peringkat pertama pembukaan matrix/makrifat. Jika tak bertemu sama ada semasa hidup/jaga atau ketika ajal maka anda perlu melalui matrix barzakh dan seterusnya..Walaupun seorang itu boleh kasyaf, melakukan pelbagai kesaktian dan lain-lain kehebatan jika belum berjumpa dengan Diri rahsia dianggap 'tiada pencapaian' dalam kerohanian..

Penerangan di atas adalah jawapan kepada reincarnation, tanassukh dll..Jika anda menilai highlander2 yang boleh 'masuk' semula dalam jasad baru menggunakan apa yg anda nampak di dalam matrix dunia ini maka sudah tentulah ianya 'mustahil' dan diktiraf sesat..Sebenarnya tiadapun istilah reincarnation/tanassukh..hanya ada 'ilusi matrix' yang mengganggu 'kesadaran'/conciousness anda..Mereka yg pernah tiba ke matrix/makam yang paling hampir dengan Empunya diri, Diri sebenar diri bukan shj mampu melompat2 matrix (Jumper) malah mereka tidak melihat semuanya 'berbilang-bilang'..Ini juga jawapan kepada wahdatul wujud atau wahdatul syuhud....Jika anda masih 'terperangkap' dalam matrix ini, anda perlu kebijaksanaan yang 'out of box' untuk memahaminya..Jika anda berjaya memahaminya..maka sebenarnya Anda telahpun berada dalam 'track' menuju 'pelepasan' matrix..selamat berforum !!
 
Mengelak Alam Barzakh??

Tiada Cara Lain Selain Lepasi Ilusi Matrix....


Peringkat Yg Dilepasi HANYA Nabi Muhammad SAW semasa Israk I'raj

TEMUI THE ARCHITECT = YANG HAQ

Matrix Ruh

Alam NyaTa (Sebenarnya Ilusi Matrix)

ATAU

Alam Barzakh

Syurga atau Neraka

ia lebih kurang ca Neo menemui The Architect....hanya The One yg berjaya setakat ni lepasti Matrix Ruh...kalu peringkat Ilusi Matrix pun anda masih x berjaya, jgn berangan nak lepasi Matrix Ruh plak....KEMUNGKINAN HANYA THE ONE SAHAJA YG BERJAYA...
 
Back
Top
Log in Register