BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Illuminati dan ekonomi malaysia.

ARIFFX

Legendary Member
gem
Messages
12,041
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,041
Reaction score
160
Points
123
Assalamualaikum dan selamat berpuasa CGrian sekalian.

dh lama kita x citer pasal konspirasi new world order. persoalan yg selalu org fikirkan sekarg, sejauh mana cengkaman "mereka" ni dalam negara kita?

harap info2 ini dapat membantu dan dibincangkan oleh semua..






Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?

Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.

Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billion yang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.


Pada Oktober 2008, Mexico mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk sehingga mengakibatkan puluhan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan bagi menentang pentadbiran Presiden Manuel Lopez Obrador. Semuanya berpunca dari mainan kotor Goldman Sachs yang menguasai bank-bank tempatan melalui agennya iaitu Menteri Kewangan Mexico yang dikatakan berdarah campuran Argentina-Israel.

Pada 16 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan rasmi bahawa Goldman Sachs Group telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur di Amerika melebihi nilai USD1 billion.

Tapi di Malaysia, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SEC) tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs untuk beroperasi di sini.

Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis
di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;

“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”
(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)

Permainan ekonomi dari gengster-gengster Goldman Sachs ini mungkin menjadi lebih mudah kerana syarikat bapa konspirasi mereka, Rothschild Malaysia sudah menetap di Malaysia sejak 2006.

Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.

Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.

madame_rosnah.jpg
(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai
jawatankuasa LOFSA pada 2003.​

NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.

Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.

Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;

“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”

Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.

Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.

Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.

Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.

Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;

“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”

P/S : maklumat-maklumat tentang Rothschild Malaysia tidak sulit, ia boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan majalah-majalah ekonomi tempatan.


im_coming.jpg

sumber
 
Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?

Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

obama_group.jpg

(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan-permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.

Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.

Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut;

Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)

Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.


sumber
 
Last edited:
Salam,

Agak berat juga topik ni nak cerita. Maklum je a wak punya ilmu dlm bab amat lemah.
 
kena ada usaha dikalangan negeri2 di malaysia permulaan berdagang atau berurusniaga dgn dinar dan dirham atau paling sng sistem barter trade utk mengelak drp dicontrol oleh permainan mereka.masalahnya siapa yg betul2 berkuasa utk memulakannya?
 
kena ada usaha dikalangan negeri2 di malaysia permulaan berdagang atau berurusniaga dgn dinar dan dirham atau paling sng sistem barter trade utk mengelak drp dicontrol oleh permainan mereka.masalahnya siapa yg betul2 berkuasa utk memulakannya?

pendapat terbaek setakat ini,

rasanya, semua org tahu duit kertas yg kita gunapakai sekarg ini sebenarnya bakal menjadi beban hutang???

pendek kata, makin banyak kita mencetak wang, makin tinggi beban hutang kita.

1 hari nnti sistem ini bakal roboh..
 
ContoH aSaL Usul WaNg KeRtaS n SisTem KeWanGan

Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga. :)

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.:D
Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.


Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.:D

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.
 
Last edited:
Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.:-?


Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.


Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register