BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ilama diajar seperti anjing

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
du_071-5.jpg

TERRI CROWFOOT mengajar seekor llama melompat ke dalam gelung plastik di Southampton baru-baru ini.

SOUTHAMPTON - Sekumpulan tujuh ekor llama dan seekor alpaka diajar untuk mematuhi arahan manusia menyebabkan haiwan itu menurut perintah seperti anjing, lapor sebuah akhbar semalam.

Llama ialah haiwan dalam keluarga unta sama seperti alpaka.

Satu pasangan suami isteri, Tim, 66, dan Terri Crowfoot, 65, mengajar haiwan itu di sini supaya duduk, menangkap bola, bergolek dan melompat ke dalam gelung plastik.

Pasangan itu amat terkejut kerana mereka tidak menyangka haiwan tersebut boleh mematuhi arahan yang diberikan mereka.

Haiwan itu diajar pada setiap hari yang mengambil masa di antara sejam hingga tiga jam. - Agensi
 
comelnya LLAMA ni kalo boleh bela sini kat bagus...tapi setahu ambo nate ni suka ludah muka org...hhuhuh
 
comelnya LLAMA ni kalo boleh bela sini kat bagus...tapi setahu ambo nate ni suka ludah muka org...hhuhuh

kite ajar dia jangan main ludah :D. tapi haiwan ni besar la pulak kan.
 
dulu masa aku kecik2 tengok kartun selalu guna binatang ni buat 2 kepala satu belakang satu kat depan.
 
Back
Top
Log in Register