BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iklan Ubat Kuat Di Ragui

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
ALOR GAJAH: Iklan ubat kuat lelaki di taman perumahan di sekitar bandar ini menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri mempengaruhi pengguna sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko menggunakan ubat haram tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berbahaya kepada kesihatan.

Pihak tertentu begitu berani mengiklankan produk ubat kuat melalui poster dan pengedaran risalah secara terang-terangan dari rumah ke rumah.


Cubaan wartawan Metroplus berkali-kali menghubungi nombor telefon pada poster ubat kuat itu gagal apabila panggilan tidak berjawab sebelum menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan mengenai pelbagai jenis ubat yang dijual dengan harga RM180 untuk 10 biji dan boleh bertahan selama 30 jam selepas mengambilnya serta mendakwa mendapat kelulusan KKM.


Antara lokasi yang menjadi sasaran tampalan poster terbabit termasuk tiang elektrik, papan tanda jalan, pondok telefon awam dan tembok di taman perumahan sekitar Taman Rembia Perkasa, Taman Rembia, Kampung Rembia, Taman Pelangi dan Taman Awan Biru dan pekan Alor Gajah.


Maklumat pada poster dan risalah itu jelas mencatatkan kandungan ubat kuat itu dihasilkan daripada ekstrak herba asli dan tidak memberi kesan sampingan kesihatan serta mempunyai sijil KKM.


Seorang penduduk, Muhammad Akmal Md Nor, 28, berkata dia meragui kesahihan dakwaan pada poster dan risalah mengenai ubat kuat terbabit.


Katanya, sekiranya benar produk kesihatan itu diluluskan KKM, mengapa pihak berkenaan tidak menjualnya kepada orang awam di farmasi atau klinik.


“Yang menjadi persoalan, ada segelintir orang mempercayai khasiat dan keberkesanan produk ubat kuat itu. Sepatutnya, mereka membuat semakan dengan pihak berkenaan untuk memastikan kesahihan produk diiklankan itu bagi mengelak tersalah membeli dan menggunakan ubat haram.
 
emm, x caya la ubat kuat semua ni....
kalo berurut tu boleh terima la
 
kat cg ni byk yg jual...abam janggut kn ade :))
 
ada pengesahan KMM pun blum selamat lg.
Konfim ke kapsul yg digunakan bebas gelatin ****?

aku penah dpt ubat gastrik magnesium trisilicate yg mengandungi 5% alkohol. trus aku buang je ubat tu.
 
ada pengesahan KMM pun blum selamat lg.
Konfim ke kapsul yg digunakan bebas gelatin ****?

aku penah dpt ubat gastrik magnesium trisilicate yg mengandungi 5% alkohol. trus aku buang je ubat tu.

KMM cuma sahkan ubat tu selamat atau tak utk digunakan. Yg cek ubat tu ada bahan halal atau haram tugas JAKIM.
 
Back
Top
Log in Register