BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iklan Radio – Ogos 1957

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,958
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
641
Points
161
Setiap kali menjelang Hari Raya, kalau boleh semua nak baru (kecuali pasangan hidup). Hari ini, bila menjelang raya salesman kereta sibuk kerana ramai yang nak tukar kereta. Selang beberapa bulan, syarikat finance pula yang sibuk mengejar pemiutang.

Dulu lain pula ceritanya. Menjelang raya, orang kampung sibuk ke kedai radio nak beli atau tukar radio baru. Tak lama selepas itu, hendaknya pula kalau musim hujan, orang kampung tak dapat menoreh, maka berlambaklah radio terpakai di kedai kerana pemiutang tak mampu menjelaskan hutang.

55 tahun yang lalu, radio jenama National (Panasonic), Sharp, Sony, Nivico (JVC) dan jenama Jepun lainnya masih belum kelihatan kerana Malaya masih lagi di bawah telunjuk British. Maka itu jenama dari negara barat sajalah yang melambak di pasaran.


Sebut radio zaman itu, teringat bagaimana pemilik sekejap-sekejap bangun pulas punat betulkan stesen kerana bunyi kekadang dengar kekadang hilang. Ialah, dulu mana ada stesen FM (Frequency Modulation), semua menggunakan AM (Amplitude Modulation). Untuk kami yang berada jauh dari bandar, hanya Gelombang Pendek (Short Wave) saja dalam frequency spectrum 6 – 7 Mhz yang boleh didengar. Liputan Gelombang Sederhana (Medium Wave) 526.5 – 1606.5 Khz yang lebih jelas penerimaan terhad untuk mereka yang berada di kawasan bandar atau sekitarnya saja. Bila cuaca buruk, sabungan kilat dan petir mengganggu tahap penerimaan. Punyalah frust hendaknya pula masa tu tengah disiarkan rancangan lagu-lagu permintaan.

Dalam posting ini terdapat iklan-iklan radio yang tersiar dalam akhbar The Straits Times bulan Ogos 1957.


Telefunken – Radio zaman dulu menggunakan valve. Lagi banyak valve lagi umph bunyinya. Iklan di atas “10 Valves 4 speakers” atau “7 Valves 3 Speakers”Radio hari ini , switch on saja suara keluar serta merta. Radio zaman dulu kena tunggu beberapa minit untuk valve panas sebelum keluar suara. Lepas tu ferquency akan lari (drift) dan kenalah betulkan stesen.
a15.jpg



GEC – Special offer…boleh bayar ansuran @ $15 sebualn ($ bukan RM)
a24.jpg



Peti sejuk – teringat cerita di kampung masa perang Korea awal dekad 50an di mana harga getah melebihi $2 sekati, dan melahirkan ramai OKB. Alkisah, disebabkan hasil getah yang melimpah ruah, ada seorang pakcik di Kampung Sri Lalang membeli sebuah peti sejuk. Tapi disebabkan tak ada bekalan elektrik, akhirnya peti sejuk digunakan untuk menyimpan kain baju.



ERRES – 8 valve dengan kawalan bass dan treble asing…satu selling point yang baru
a32.jpg



GRAETZ model 275 BET kononnya yang terbaik untuk radio menggunakan bateri kering
a44.jpg



TABLEGRAM untuk mereka yang berduit
a54.jpg


Selalunya Record Changer atau Turntable hanya ada 3 kelajuan – 33/45/78 tapi jenis yang di atas ada satu lagi kelajuan, i.e. 16 RPM
a62.jpg



Open-reel tape sebelum adanya Cartridge dan Cassette
a7.jpg


Bateri kering - ’nyawa’ radio zaman dulu
a8.jpg



Mereka yang pandai berjimat, sebuah bateri kering boleh tahan sampai 3 bulan. Bila mula lemah, orang tua zaman dulu akan jemur di luar rumah untuk memanjangkan hayat bateri. Tapi kalau lupa dan hari hujan, bateri kering bertukar jadi bateri basah.:)):)):)):)):))


Dua jenama paling popular era itu – EVEREADY dan BEREC
a9.jpg
 
Back
Top
Log in Register