Gud luck ye bro, kita buat niche yang sama. Aku tak pandai design2 nih, so aku pakai premium theme je, agak tidak unik la sebab ramai yang pakai. Aku punye aposajo.net pun baru nak masuk 2 bulan, pagerank pun baru satu.
Apa yang kawan-kawan kat sini cakap betul sebenarnya, tentang interface tuh memang kene buat penambah baikan, untuk orang datang letak iklan dan yang paling penting untuk yang datang nak mencari barang-barang yang diorang nak, paparan antaramuka adalah sangat penting dalam meningkatkan user experience yang baik. Untuk loading time dah ok dah, agak laju, cuma icon kat homepage tuh kene optimize lagi supaya mempercepatkan lagi loading, atau boleh guna caching.
Lagi satu, bro kene faham serba sedikit tentang SEO. Bro ade mention bahawa untuk keyword 'iklanria', website bro terpapar di first ranking first page. Tapi, adakah apabila orang2 yang nak beriklan akan taip 'iklanria' di google? Tidak sama sekali. Bagi mereka2 yang mencari ruang iklan, kebiasaannya mereka akan search keyword2 seperti 'iklan, iklan percuma, iklan malaysia, free classified, free advertisement' dan lain-lain. Dan bagi yang mencari barangan pula ada banyak keyword, dan ianya sangat bergantung kepada SEO keseluruhan page bro untuk iklan di laman web iklanria terpapar di muka depan. Sebagai contoh, ada seorang pelanggan saya mengiklankan "susu kambing PRIMALIFE" di aposajo.net dan juga di mudah.my. Jika dibuat carian untuk keyword tersebut di google, ranking untuk aposajo.net yang belum sampai 2 bulan adalah lebih tinggi daripada mudah.my yang sudah lama establish dan authority yang tinggi. Ini yang dimaksudkan oleh salah sorang kawan kita di page depan.
Dalam bisnes ni, kita tak boleh cepat melatah dan melenting, dan jangan terlalu bergantung kepada kebumiputeraan kita, orang sekarang dah matang dan pandai memilih, orang nak tengok result dulu dan ada expectation yang tinggi. Mereka nak pelaburan mereka beriklan di iklanria memberikan keuntungan atau sekurang-kurangnya lepas modal.
Pape pun, adat dalam bisnes ada jatuh bangun, ada persaingan dan jika kita tidak bersedia mental dan fizikal, hati boleh pecah. Gud luck ye...